web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minta Sumbangan Pejabat ADUN, Nama Jefri, Guru Besar Panas Di Media Sosial

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 8:23PM

Nama Jefri Mejan menjadi sebutan hari ini gara-gara poster memohon sumbangan yang tular di media sosial - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam keghairahan Perikatan Nasional (PN) mempromosikan kononnya blok berkenaan adalah yang terbaik dan bersih, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Jefri Mejan seolah-olah ‘membuktikan’ sebaliknya.

Poster beliau memohon derma untuk kelengkapan pejabat ADUN Ijok tular di media sosial dan meraih perhatian ramai, khususnya apabila memohon agar derma berkenaan dimasukkan ke sebuah akaun peribadi.

Perkembangan itu turut mendapat perhatian ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, yang mahu mendermakan sebuah papan putih.

“Saya sponsor whiteboard Insya Allah. Pilihan raya dah habis. Dahulukan khidmat kpd rakyat. Baru2 ni ada royalti masuk sikit, boleh kongsi rezeki, Alhamdulillah,” katanya.


Ciapan Syed Ahmad atau lebih dikenali sebagai Altimet itu pantas menerima reaksi netizen, yang menasihatkan beliau memberi tumpuan kepada DUN Lembah Jaya terlebih dahulu.

Lai En yang menggunakan akaun @songkreng berkata, Altimet seharusnya memberi tumpuan kepada pengundi Lembah Jaya sebelum menghulurkan bantuan ke kawasan lain.

“Bro jgn laaaa. Biarkan dorang tu. Buat baik brpada2 bro. Just focus pada yg dah undi bro aritu,” katanya.

Turut melahirkan pendapat senada ialah @jungledweller1 yang menyarankan agar Syed Ahmad berkongsi sahaja rezeki diperoleh bersama ADUN Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“Kongsi rezeki dekat adun PH la YB.

“Penat nak melayan puak diorang ni. Kita buat baik pun nanti baling taik (tahi) jugak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen dikenali sebagai Azril berkata, nombor akaun dipaparkan pada poster terbabit ialah milik seorang guru besar di sebuah sekolah kerajaan, dikenali sebagai Bakar Mat Jidi.

Btw YB nama dalam account tuh merupakan seorang guru besar di sekolah kerajaan,” katanya yang menggunakan akaun @Aidil_azril95.

Guru besar yang dikatakan pemilik akaun bank - gambar X
Guru besar yang dikatakan pemilik akaun bank - gambar X

Seorang lagi netizen, Fazreen Lee di akaun @fazreenlee pula mempersoalkan, apakah perbuatan mengutip derma menggunakan akaun peribadi sememangnya dibolehkan.

Yb, to my knowledge,BIMB ‘01’ tu current account  & its sole prop sbb nama individu. Just concern mmg boleh ke pakai personal account regardless saving or current?  Sekadar menyibukkk,” soalnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, ‘Atiqah Syairah Shaharuddin membuat aduan rasmi kepada Ketua Unit Integriti Kementerian Pendidikan, Siti Zakiah Che Man berhubung isu berkenaan.

Beliau menerusi sepucuk surat rasmi hari ini antara lain memohon kerjasama unit berkenaan untuk membuat semakan, sekiranya seorang guru besar dibenar menggunakan akaun peribadi miliknya sebagai saluran pengumpulan dana bagi tujuan politik.



“Saya telah menerima aduan dalam laman media sosial dan beberapa saluran perhubungan bekenaan is seorang guru besar yang menggunakan akaun peribadi beliau sebagai saluran pengumpulan dana bagi tujuan politik. (Lampiran).

“Partisipasi penjawat awam dalam poltik kepartian juga telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan komuniti. Penglibatan pentadbir sekolah juga dilihat akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pembangunan dan pengurusan sekolah,” katanya.

Tinjauan Getaran di beberapa platform media sosial mendapati, hebahan kutipan derma itu bagaimanapun sudah dipadamkan.



Pejabat DUN Ijok memberi alasan, perkara itu berlaku kerana kesilapan teknikal.

Tiada penjelasan lanjut diberikan Jefri setakat ini. - Getaran, 1 September 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad