web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukar Untuk Gelombang Hijau Tembusi PRK Pulai, Simpang Jeram - Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 8:41AM

Gelombang Hijau dibawa oleh PN diramalkan sukar menembusi Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Gelombang Hijau yang sering kali bermain di bibir mulut pimpinan Perikatan Nasional (PN) diramalkan masih sukar untuk menembusi kubu kuat UMNO iaitu negeri Johor. 

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kedudukan Kerajaan Perpaduan boleh dikatakan kukuh di negeri itu menjelang pilihan raya kecil yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

"Bagi saya gelombang (hijau) itu mungkin tidak sampai ke Johor kerana secara tradisinya Johor merupakan tempat lahir UMNO dan kubu kuat parti itu. Pada masa sama, kita tahu sokongan masyarakat bukan Melayu kepada Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding juga memang kukuh di sana. 

"Kita tengok sama juga macam BERSATU sekali pun, pada PRN di Johor hari itu sukar untuk mereka menang. Di kawasan yang bertanding ketika dengan UMNO mereka menang, tetapi apabila mereka bertanding sendiri melawan Barisan Nasional (BN), mereka (BERSATU) tidak menang," katanya ketika dihubungi Getaran. 

Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed - gambar fail
Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed - gambar fail

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Gelombang Hijau dibawa oleh blok PN, yang berhasil merapatkan jurang kerusi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu. 

Dr Martadha yang juga Timbalan Naib Canselor UUM itu berkata, rakyat Johor majoritinya terdiri daripada pengundi yang tebal dengan semangat dan kesetiaan mereka. 

Malah, pengaruh Istana Johor juga dilihat sebagai antara faktor negeri itu mempunyai indentiti yang kuat dan kekal bersama UMNO. 

"Kita kena tengok dari segi susur galur UMNO di Johor, dalam konteks UMNO di Johor mereka agak bersatu hati dan kepimpinan Johor pun kita tengok sering berkerjasama dengan istana. 

"Suara pengundi Melayu banyak dipengaruhi oleh keimpimpinan UMNO negeri yang didukung juga kepimpinan istana,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengaruh istana di Johor amat menebal berbanding negeri lain, apatah lagi keluarga Diraja Johor juga dilihat sangat dekat dengan rakyat jelata. 

“Apa juga perubahan yang berlaku di Johor itu seringkali kita lihat ia seiring dengan titah Sultan, (Sultan Ibrahim Iskandar) sebagai contoh, istilah ‘Bangsa Johor’ yang menjadi kebanggaan rakyat negeri itu,” katanya.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian Allahyarham Salahuddin Ayub selaku penyandang - gambar fail
Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian Allahyarham Salahuddin Ayub selaku penyandang - gambar fail

Baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan keyakinan bahawa 'gelombang hijau' yang berlaku di enam PRN baru-baru ini tidak akan melanda Johor. 

Malah beliau juga yakim AMANAH berupaya mempertahankan dua kerusi yang dipertandingkan itu, hasil kerjasama baik antara Pakatan Harapan (PH) dan BN. 

Parti gabungan Kerajaan Perpaduan itu sebelum ini menamakan Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kaiat sebagai calon di Parlimen Pulai manakala Nazri Abdul Rahman diberi mandat menggalas cabaran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

PRK Pulai serta Simpang Jeram diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, 23 Julai lalu.

Allahyarham yang juga Timbalan Presiden AMANAH ialah penyandang kedua-dua kerusi berkenaan. - Getaran, 28 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 2 tahun yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad