web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kononnya Berpaksikan Islam, Tapi PAS Lebih Banyak Undang Perpecahan - Khairuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 8:52PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan dibawa PAS selama ini yang kononnya berpaksikan kepada ajaran Islam sebenarnya lebih banyak mengundang perpecahan dan permusuhan. 

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pendirian parti itu untuk memusuhi sesiapa sahaja dengan aliran berbeza menyaksikan banyak hubungan persaudaraan yang terputus. 

Menurut beliau, PAS menanam agenda perpecahan dalam kalangan umat apabila mendakwa hanya kelompok parti itu memperjuangkan politik Islam. 

“Mereka mencemuh kelompok lain yang berbeza, memusuhi parti politik berlainan aliran sehingga ada ahli memutuskan hubungan persaudaraan, termasuk dalam kalangan ahli keluarga.  

“Persaudaraan Islam juga terputus dengan berlakunya fenomena benci-membenci, saling mencemuh, menyindir dan mengecam malah ada yang memaki hamun kerana berbeza platform parti,” katanya. 

Mohd Nusuruddin beberapa hari lalu mendakwa dua ADUN pembangkang menentang perjuangan Islam - gambar Facebook
Mohd Nusuruddin beberapa hari lalu mendakwa dua ADUN pembangkang menentang perjuangan Islam - gambar Facebook

Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama kepada TImbalan Perdana Menteri berkata, perilaku PAS itu mencetuskan keraguan, apakah ini ajaran Islam sebenar. 

“Tidakkah semua itu (memutuskan persaudaraan) diharamkan Allah?  

“Tidakkah sebenar-benar perjuangan Islam ialah perjuangan yang menyatukan golongan bertelingkah, mendamaikan dua saudara dan mengikat hubungan rahim,” katanya. 

Biarpun tidak memperincikan secara khusus, kenyataan Mohd Khairuddin dipercayai merujuk kepada tindakan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin yang melabelkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu sebagai melanggar perjuangan Islam. 

Kenyataan dibuat ketika menyampaikan kuliah Subuh di Kota Bharu beberapa hari lalu itu mendorong kedua-duanya, Mohd Syahbuddin Hashim dan Dr Hafidzah Mustakim menuntut Nassuruddin memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari. 

Kegagalan berbuat demikian jelas mereka, boleh menyebabkan ADUN Meranti itu berdepan tindakan undang-undang. 

Mohd Syahbuddin Hashim dan Dr Hafidzah Mustakim mendesak Mohd Nasurruddin memohon maaf dalam tempoh tujuh hari - gambar Facebook
Mohd Syahbuddin Hashim dan Dr Hafidzah Mustakim mendesak Mohd Nasurruddin memohon maaf dalam tempoh tujuh hari - gambar Facebook

Membidas tindakan Nassuruddin, Mohd Khairuddin berkata, semua pemimpin politik bertanggungjawab mendidik ahli parti masing-masing dengan akhkak muia seorang muslim. 

“Adakah kita sebagai muslim meredai fenomena kehilangan akhlak dan adab sebegini, yang berlaku secara berleluasa di media sosial termasuk di kalangan generasi muda. 

“Di Malaysia terdapat banyak kelompok Islam yang membawa obor perjuangan Islam atas nama dakwah. Antaranya Tabligh, Abim, Ikram, Isma dan Haluan,” jelasnya. 

Beliau menarik perhatian, semua kumpulan berkenaan menyokong pelbagai parti, termasuk UMNO, PKR dan AMANAH. 

“Maka, adakah PAS ingin menidakkan perjuangan Islam pelbagai kelompok Islam ini kerana perbezaan warna politik kepartian,” katanya. - Getaran, 21 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemimpin Perlu Laksana Amanah Tanpa Carik Perpaduan Rakyat - Khairuddin

4

Politik 2 tahun yang lalu

Tak Wajar Angkat PAS Wakil Islam, Pandangan Wan Salim Amat Tepat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan