web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Wajar Angkat PAS Wakil Islam, Pandangan Wan Salim Amat Tepat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 8:15AM

Kenyataan Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa semua parti politik termasuk yang berjenama Islam, hanyalah platform atau organisasi ciptaan manusia disifatkan sebagai amat tepat - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Organisasi politik seperti PAS tidak wajar diangkat sebagai wakil agama Islam yang wajib disokong dalam semua keadaan.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan PAS meletakkan hukum wajib untuk semua umat Islam menyokong parti itu dilihat sebagai amat keterlaluan.

Menurut beliau, pendirian PAS bahawa hanya parti itu yang suci dalam memperjuangkan Islam adalah salah dan tidak wajar diikuti.

“Tindakan PAS itu memecahkan belahkan perpaduan Jemaah Muslimin yang sama-sama bersyahadah, yang berwalak setia kepada Raja-raja Melayu yang menjadi Ulil Amri. Apatah lagi apabila diiringi dengan akhlak buruk mencemuh, mengecam, menghina dan mengutuk kelompok yang berbeza politik dengannya.

“Begitu juga dalam pilihan raya, umat Islam mempunyai pilihan menyokong mana-mana parti berdasarkan keyakinan mereka terhadap apa inisaitif kebaikan yang ditawarkan apabila berkempen,” katanya.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa semua parti politik termasuk yang berjenama Islam, hanyalah platform atau organisasi ciptaan manusia.

Wan Salim berkata, semua parti berkenaan juga tidak suci kerana diuruskan oleh manusia yang terdedah kepada betul, silap dan salah dalam tindakan serta keputusan.

Semua organisasi berkenaan jelasnya, secara realiti adalah sama meskipun pimpinan mereka berniat baik dengan berhasrat mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Mengakui kebenaran kenyataan Wan Salim, Mohd Khairuddin berkata, Muslim yang berilmu dan digelar alim ulama tetap tidak suci, malah terdedah dengan salah dan silap.

“Begitu juga dengan parti-parti ini meskipun berjenama Islam tetap tidak suci. Berbeza dengan Islam itu sendiri sebagai agama yang wajib diimani oleh manusia malah satu-satunya agama yang benar yang wajib diikuti.

“Tiada agama yang benar melainkan Islam. Segala perintah dan larangan Islam dipatuhi berdasarkan hukum yang lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus,” katanya.

Tegas beliau, apa yang menjadi isu ialah apabila PAS mewajibkan masyarakat Islam menyokong mereka dan mengharamkan sokongan ke atas parti lain, termasuk ketika pilihan raya.

“Apakah ia wajar sedangkan tindak tanduk mereka sebagai manusia Muslim dan parti politik meskipun menjadikan Islam sebagai rujukan sentiasa terdedah kepada silap dan salah, malah terbuka untuk diperdebatkan atau diperselisihkan menurut neraca Islam.

“Apa sahaja perkara yang baik yang hukumnya wajib tanpa khilaf maka wajib bagi umat Islam menyokongnya. Apa sahaja perkara yang menjadi khilaf maka ia menjadi pilihan kepada umat Islam, manakala apa sahaja perkara baik bersifat sunat maka sunatlah menyokongnya,” katanya.

Institusi fatwa adalah institusi Islam yang ditauliahkan dan diberi mandat oleh Raja-Raja Melayu selaku Ulil Amri dalam sebuah negara Islam Malaysia - gambar hiasan
Institusi fatwa adalah institusi Islam yang ditauliahkan dan diberi mandat oleh Raja-Raja Melayu selaku Ulil Amri dalam sebuah negara Islam Malaysia - gambar hiasan

Jelas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu, tindakan seorang pemimpin PAS mempertikaikan pandangan Mufti Pulau Pinang dengan membangkitkan analogi institusi fatwa dalam negara dengan gerakan kepartian adalah analogi yang tersasar.

Ini kerana katanya, parti adalah gerakan yang terdedah kepada betul, salah dan silap pada tindakan apatah lagi perkara ijtihad dan tidak mengikat mana-mana individu muslim.

“Institusi fatwa pula adalah institusi Islam yang ditauliahkan dan diberi mandat oleh Raja-Raja Melayu selaku Ulil Amri dalam sebuah negara Islam Malaysia.

“Fungsinya ialah bagi memilih satu pendapat ijtihad daripada sekelian banyak ijtihad-ijtihad fiqhiyyah dalam Islam dalam sesuatu perkara semasa. Pemilihan fatwa itu pula mengikat rakyat sebuah negara atas dasar ialah adalah perintah Ulil Amri yang wajib ditaati pada polisi dan siasahnya,” katanya. - Getaran, 26 Ogos, 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad