web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


72,554 Anggota Tentera, Polis, PGA, Pasangan Undi Awal - SPR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:34PM

Anggota polis menunjukkan jari yang dicelup dengan dakwat khas selepas menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang dan Pandamaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 72,554 anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing sudah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata Kedah merekodkan peratusan mengundi tertinggi iaitu 96.02 peratus, diikuti Terengganu sebanyak 95.91 peratus.

Beliau berkata, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan peratusan mengundi 95.87 peratus serta 95.01 peratus, manakala Negeri Sembilan sebanyak 94.05 peratus dan Kelantan pula 93.9 peratus.

Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu, 95.47 peratus atau seramai 1,286 anggota tentera, polis dan pasangan mereka telah mengundi awal.

"Hari ini berlangsungnya proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bermula jam 8 pagi.

"SPR ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukannya kerana sudah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proses undi awal hari ini membabitkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terbabit, manakala pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu melibatkan 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan pula terlibat dengan proses itu.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula pukul 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad