web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terima 4 Laporan Berkaitan Isu Keselamatan MB Kedah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 7:53PM

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pada sidang media selepas meninjau proses undi awal sempena Pilihan Raya Negeri di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah di Alor Setar (IPK) hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menerima sebanyak empat laporan berhubung isu keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata pihaknya sudah memanggil individu yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu untuk diambil keterangan hari ini serta empat lagi yang membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Kita panggil individu terlibat untuk perjelas apa sebenarnya yang dimaksudkan semasa ceramah baru-baru ini dan empat orang yang membuat laporan juga sudah selesai diambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang berakhir pada jam 5 petang tadi.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Fisol turut memaklumkan setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan isu keselamatan atau ancaman terhadap mana-mana calon, penyokong parti bertanding mahupun orang awam.

"Bagaimanapun, polis sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan di lapangan… setakat ini, tiada provokasi atau kes pergaduhan dan kita hanya terima 246 laporan polis melibatkan kes seperti koyak poster dengan 18 kertas siasatan dibuka," katanya.

Semalam, tular di media sosial video memaparkan ucapan seorang Ahli Parlimen di Kedah (Alor Setar) yang mendakwa Muhammad Sanusi tidak menghadiri ceramah Mega Perikatan Nasional di Padang Awam Sungai Petani pada Ahad malam lepas disebabkan faktor keselamatan.

Di TERENGGANU, sebanyak 232 laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata sebanyak 10 kertas siasatan sudah dibuka dan tujuh daripadanya telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut, manakala tiga masih dalam siasatan.

"Kebanyakan laporan melibatkan kes khianat bahan kempen seperti merosakkan bendera serta poster calon dan belum melibatkan sebarang tangkapan, hanya satu laporan melibatkan calon bertanding diterima setakat ini iaitu calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik pada 4 Ogos lepas," katanya pada sidang media di IPK Terengganu hari ini. 

Di PULAU PINANG, polis membuka 12 kertas siasatan melibatkan lapan kes khianat merosakkan poster, bendera dan kain rentang parti politik, dua berkaitan fitnah dengan niat memanipulasi calon parti yang bertanding dalam media sosial TikTok.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata polis turut menyiasat kes berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan kes curi membabitkan kehilangan bendera serta kain rentang pilihan raya oleh satu parti politik.

“Kesemua kes berkenaan adalah dalam tempoh bermula hari pertama pada 29 Julai lepas hingga tengah malam tadi,” katanya.

PRN Sabtu ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad