web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Jangan Ambil Rasuah, Bilik Saya Di Sungai Buloh Masih Kosong' - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:05AM

Anwar Ibrahim memberi amaran keras supaya ahli politik tidak melibatkan diri dengan rasuah - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT ANTARABANGSA - Semua ahli politik diberi amaran supaya berkhidmat dengan telus dan jujur, tanpa dipalit isu rasuah.

Memberi amaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, urusan tatakelola negara dan membanteras rasuah akan menjadi keutamaan selagi Kerajaan Perpaduan diberi mandat untuk memerintah.

"Jadi saya bagi ingatan, selagi saya ada mandat dan saya masih ada sokongan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Selangor, semua calon (diberi) dengan peringatan yang sama.

"Pegang jawatan, pegang amanah, kalau sia-siakan amanah, gunakan kuasa yang ada untuk rompak kekayaan rakyat, saya akan terajang dia masuk lokap dan masuk penjara. Bilik saya di Sungai Buloh masih kosong," katanya dengan tegas ketika menyampaikan ucapan di Ceramah Mega Perdana di sini malam tadi.

Di hadapan penyokong yang hadir ke ceramah tersebut, Anwar sempat mengimbas kembali keperitan dilalui beliau suatu ketika dahulu.

Akui Perdana Menteri itu, keinginan untuk melihat kesenangan dan kemakmuran rakyat menjadi keutamaan dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan ia tidak pernah mati meskipun perjalanan politik beliau tidak seindah diharapkan.

"Saya sendiri hidupnya derita dan susah, Datin Seri Wan Azizah dan anak-anak susah, kawan-kawan saya pun susah.

"Tetapi kau pukullah aku setengah mati, aku maafkan. Kamu heret aku, campak ke penjara aku maafkan. Kamu aibkan aku, hina aku, jijikkan aku setiap hari aku maafkan, tapi bila kamu curi harta rakyat, aku cari kamu sampai dapat supaya kamu masuk penjara," tegasnya sambil disambut sorakan penyokong.

Anwar Ibrahim sejurus tiba di lokasi ceramah - gambar Noreeza Hashim
Anwar Ibrahim sejurus tiba di lokasi ceramah - gambar Noreeza Hashim

Dalam ceramah sama, Anwar yang juga Pengerusi PH melahirkan keyakinan bahawa Selangor akan terus kekal sebagai aset Kerajaan Perpaduan, walaupun berdepan tentangan sengit pembangkang.

Jelasnya, Perikatan Nasional (PN) ini sedang giat berusaha untuk merampas Selangor dari Kerajaan Perpaduan.

"Kuasa itu memukau. Tanyalah kawan-kawan kita yang dulu laungkan reformasi, kuasa rakyat, tetapi bila dah ada kuasa, sakau, lupa janji, lupa orang yang sokong dia siapa..

"Saya yakin, Selangor akan kekal menjadi kubu Kerajaan Perpaduan. Berdasarkan rekod kerja kita, saya perlu kekuatan Selangor dan mereka (PN) betul-betul usaha nak rampas Selangor. Kerana apa? Kerana Selangor banyak duit, kaya, dapatan kontrak dan keuntungan. Jangan bagi peluang kepada penyakau-penyakau rampas negeri ini," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Presiden PKR itu ketika mengulas mengenai kontroversi melibatkan syarikat terkemuka Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) berkata, beliau dimaklumkan mengenai capaian mesyuarat ahli lembaga syarikat itu kepadanya lima hari lalu, mengenai persetujuan untuk melabur sebanyak RM25 billion.

Bidasnya, kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Infineon dua tahun lalu telah bersetuju untuk melabur di Kedah adalah satu pembohongan.

"Infineon bawa ke mesyuarat lima hari yang lalu di Jerman, apa MB Kedah kata? Anwar bohong! Sebab dia (kata) dah setuju dah dua tahun lalu, dia dah tanda tangan.

"Saya kata awak baca di mana? Awak boleh Google, tengok bila Infineon putuskan lima hari yang lalu mesyuarat ahli lembaga putuskan untuk  melabur €5 billion euro ke Malaysia bersamaan dengan RM25 billion. Inilah masalah pakai (macam) lebai, guna parti Islam tapi sembang dan buat kenyataan palsu dengan mudah dan sewenang-wenang," selarnya.

Siti Nurhaliza turut hadir pada ceramah berkenaan - gambar Noreeza Hashim
Siti Nurhaliza turut hadir pada ceramah berkenaan - gambar Noreeza Hashim

Ceramah mega itu turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami dan juga pelakon dan pengarah terkenal yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hans Isaac.

Siti Nurhaliza sempat menyampaikan dua lagu bertajuk Lelaki dan Bahtera Merdeka di hadapan 20,000 penyokong yang hadir. - Getaran, 7 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran