Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Main Watak Antagonis, Sanusi Bawa Kedah Jadi Tumpuan Ketika PRN

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 9:10AM

Keperibadian Muhammad Sanusi menyebabkan Kedah menjadi tumpuan untuk PRN - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Seperti episod terdahulu, Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN 2023) tidak terlepas daripada dilatari kerusi panas yang pasti akan mencuri tumpuan. 

Melibatkan enam negeri di Utara, Pantai Timur dan Selatan, PRN 2023 menyaksikan pertembungan dua gergasi politik; Pakatan Harapan (PH)/Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN) di blok pembangkang. 

Dengan kekuatan 148 kerusi di Dewan Rakyat, kekuatan Kerajaan Perpaduan jangan dipertikaikan, namun keupayaan PN juga tidak boleh dipandang enteng walau hanya berbekalkan 74 kerusi. 

Meskipun PN tidak berjaya membentuk kerajaan, namun gabungan itu mendominasi Kedah, Kelantan dan Terengganu, malah diyakini akan terus memberi tentangan sengit pada pertembungan kali ini. 

Kedah 

Dengan kehadiran sosok dikenali sebagai (Datuk Seri) Muhammad Sanusi Md Nor selaku Menteri Besar, Kedah pantas mencuri tumpuan. 

Peribadi Sanusi yang loud, outspoken, celupar dan sering dilihat sebagai tidak rasional menjadikan beliau pemegang watak antagonis termasyhur di Malaysia setakat ini. 

Kontroversi kecurian nadir bumi yang kini dibongkar habis-habisan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjadikan nama Sanusi antara ‘bahan’ wajib untuk menghiasi dada media. 

Sanusi juga berdepan tindakan saman oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam, menjadikan ia tindakan undang-undang kedua diterima Pengarah Pilihan Raya PN itu dalam tempoh kurang sebulan.

Bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, beliau bakal dicabar Ketua UMNO Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim. 

Pertembungan itu meletakkan DUN Jeneri sebagai satu daripada empat kawasan panas di Kedah. 

‘Kepulangan’ Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid ke DUN Pedu turut menyebabkan kerusi terbabit dianggap panas, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai antara figura penting di Kedah. 

Mesra dikenali sebagai Tok Det, beliau juga pernah bergelar Menteri Besar pada 2005 hingga 2008. 

Di DUN Pedu, Tok Det berdepan tentangan penyandang kerusi, Mohd Radzi Md Amin.  

Juga tidak ketinggalan meraih perhatian ramai ialah DUN Alor Mengkudu yang menyaksikan pertembungan buat kali kedua antara Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan bekas pemain bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din. 

Jejak Radhi dituruti ‘juniornya’, Baddrol Bakhtiar yang bakal dicabar Mohammed Fidaus Johari (PH) di DUN Gurun. 

Selangor 

Amirudin (tengah), Juwairiya (kiri) dan Megat Zulkarnain antara nama besar bakal bertanding di Selangor - gambar Mohd Hazli Hassan
Amirudin (tengah), Juwairiya (kiri) dan Megat Zulkarnain antara nama besar bakal bertanding di Selangor - gambar Mohd Hazli Hassan

Selangor yang dianggap sebagai  negeri ‘aset utama’ PH tidak terlepas daripada meraih perhatian. 

Membariskan pertembungan nama besar, antaranya Amirudin, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, Datuk Seri Rina Harun, Juwairiya Zulkifli dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin, negeri ini menyenaraikan empat kerusi panas iaitu DUN Sungai Tua, DUN Hulu Kelang, DUN Batu Tiga dan DUN Gombak Setia. 

Di Sungai Tua, Amirudin yang mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu bakal berdepan saingan tiga penjuru daripada Setiausaha Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, Suman Gopal. 

Beliau diramalkan tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi berkenaan berdasarkan rekod cemerlang mengepalai Selangor sejak dilantik sebagai Menteri Besar. 

Meskipun ada beberapa cubaan untuk memalit namanya dengan kontroversi, Menteri Besar termuda di Malaysia itu kekal fokus terhadap misi yang digalas untuk mengekalkan kedudukan Selangor sebagai aset PH. 

Juga melibatkan pertembungan tiga penjuru ialah DUN Batu Tiga yang menampilkan Rina (PN), Ketua Pemuda PH Selangor, Danial Al-Rashid Haron dan Saiyidah Izzati Nur Razak Maidee mewakili MUDA. 

Perlawanan tiga penjuru juga menanti DUN Gombak Setia yang menyaksikan kawasan berkenaan bakal ditandingi calon PH/BN, PN dan Bebas. 

BN/PH mempertaruhkan Pengerusi BN Selangor, Megat Zulkarnain yang berazam merampas kembali kerusi tersebut manakala PN menurunkan penyandang, Muhammad Hilman Idham. 

Turut bertanding ialah calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali. 

Di DUN Hulu Kelang, pertembungan satu lawan satu antara ‘anak murid’ dan bekas guru pasti menjadi antara yang paling ditunggu. 

Setiausaha Politik kepada Amirudin, Juwairiya Zulkifli yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati mengambil tindakan berani dengan berdepan bekas gurunya, Mohamed Azmin. 

Apakah Azmin masih memiliki aura seorang guru dengan menewaskan Juwairiya atau bakal tersungkur di kaki wanita manis berusia 38 tahun ini?  

Kita tunggu dan lihat. 

Negeri Sembilan 

Kehadiran dua menteri kanan untuk bertanding membuatkan Bumi Perpatih ini antara negeri yang menjadi tumpuan ramai. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke masing-masing bakal menggunakan aura dimiliki untuk mengekalkan kemenangan masing-masing di DUN Rantau dan DUN Chennah. 

Aminuddin Harun (kiri) dan Anthony Loke bakal mempertahankan kerusi masing-masing - gambar Facebook
Aminuddin Harun (kiri) dan Anthony Loke bakal mempertahankan kerusi masing-masing - gambar Facebook

Menguasai Rantau sejak 2013, Mohamad atau Tok Mat diberitakan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kemenangannya, namun masih perlu berhati-hati kerana sentimen kemarahan terhadap BN dan UMNO masih menyala. 

Bagi yang tertinggal kereta api, nama Tok Mat ‘panas’ pada PRU-15 apabila bertanding di kerusi disandang mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin iaitu Parlimen Rembau. 

Tindakan itu menyebabkan ramai ahli akar umbi panas hati, khususnya generasi muda yang menjadikan Khairy sebagai idola mereka. 

Ia membawa bermulanya konflik dalaman parti sebelum berakhir dengan pemecatan Khairy dan beberapa top gun UMNO lain pada Januari lalu. 

Di Rantau, Mohamad bakal dicabar Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Rozmal Malakan. 

Pertembungan dua rakan baik juga antara berita hangat menanti di Dun Chennah, apabila Loke berdepan cabaran Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif.   

Lebih menarik, jawatan digalas Rosmadi itu adalah hasil kepercayaan Loke terhadapnya,  

Rosmadi ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Hari Penamaan Calon mengakui, hubungannya dengan Loke amat rapat walaupun kedua-duanya memiliki ideologi politik berbeza. 

Bukan rahsia untuk penduduk Chennah bahawa Loke menyanjung tinggi persahabatannya dengan Rosmadi, malah menyifatkan lelaki berkenaan sebagai wira selepas beliau menggadai nyawa menyelamatkan 70 mangsa banjir di Jelebu pada Disember 2021. 

Pada PRU-14, Loke memenangi kerusi Chennah selepas menewaskan dua pencabar lain dengan majoriti 1,155 undi. 

Saingan empat penjuru pula menanti Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di DUN Sikamat. 

Meski sudah menguasai kerusi berkenaan sejak tiga penggal lalu, saingan tiga pencabar lain khususnya Ahmad Raihan Muhamad Hilal yang mewakili PN tidak boleh dipandang ringan. 

Turut bertanding di Sikamat ialah dua calon Bebas, Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharuddin. 

Jika Chennah menyaksikan pertembungan dua sahabat baik, DUN Juasseh pula menampilkan dua rakan sekampung yang akan berentap 12 Ogos nanti. 

Kerajaan Perpaduan menamakan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN) dan beliau berdepan tentangan Datuk Eddin Syazlee Sith dari PN. 

Eddin ketika ditemui Berita Harian mengakui, beliau mengenali Bibi Sharliza secara peribadi. 

Jelas anak kelahiran Kampung Gentam, Kuala Pilah itu, hubungan baik mereka tidak akan terjejas hanya kerana persaingan di dunia politik. 

Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu 

Bahang PRN bagaimanapun dilihat agak suam di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. 

Senario ini barangkali didorong oleh sentimen bahawa ketiga-tiga negeri berkenaan diyakini akan terus menjadi milik PH dan PN. 

Diakui sentimen itu ada asasnya kerana kedua-dua gabungan politik ini amat sinonim dengan kesemua negeri terbabit. 

Berikut ialah kerusi panas di Pulau Pinang: 

DUN Bertam: 

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (PH/BN) 

Khalid Mehtab Mohd Ishaq (PN – penyandang) 

DUN Padang Kota: 

Chow Kon Yeow (PH - penyandang) 

H’ng Khoon Leng (PN) 

DUN Air Putih: 

Lim Guan Eng (PH - penyandang) 

Teh Yee Cheu (PRM) 

Kong Chen Ann (PN) 

Berikut ialah kerusi panas di Kelantan: 

DUN Galas: 

Mohd Syahbuddin Hashim (BN/PH - penyandang) 

Mohd Tarmizi Abd Rahman (PN) 

DUN Nenggiri: 

Ab Aziz Yusoff (BN/PH) 

Mohd Azizi Abu Naim (PN) 

DUN Paloh: 

Amran Ariffin (BN/PH - penyandang) 

Shaari Mat Hussain (PN) 

Ahmad Samsuri bakal mempertahankan kerusi Ru Rendang - gambar fail
Ahmad Samsuri bakal mempertahankan kerusi Ru Rendang - gambar fail

Berikut ialah kerusi panas di Terengganu: 

DUN Kijal: 

Datuk Seri Ahmad Said (BN/PH - penyandang) 

Datuk Razali Idris (PN) 

DUN Ru Rendang: 

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri (PN – penyandang) 

Suhaimi Sulaiman (PH) - Getaran, 5 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 7 bulan yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 8 bulan yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 8 bulan yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat

Sukan 16 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand