web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Semua Pihak Diingatkan Berhati-hati, Jangan Sentuh Isu 3R

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 4:50PM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bergambar bersama tetamu yang hadir pada Program Perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, sekali lagi mengingatkan semua pihak untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan insititusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata perkara ini penting, kerana ia boleh menggugat perpaduan yang sudah lama terjalin dan dipupuk sejak awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

“Saya ingin memperingatkan, dalam semangat hari-hari lebih kurang seminggu sebelum hari mengundi pada 12 Ogos nanti, tolong hati-hati, jangan bermain isu 3R terutama dalam media sosial.

“… jangan menang sorak, kampung tergadai. Jangan sebab kita hendak menang PRN, maka kita gadaikan perpaduan yang telah lama kita pupuk sejak tahun awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian PRN enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Ketika ditemui pemberita, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata setakat ini, media sosial terutama TikTok, belum mempunyai sistem ‘social media listening tool’ yang boleh meneliti dan memantau kandungan tertentu, seperti 3R.

Justeru, beliau berkata pemantauan kandungan ketika ini lebih bersifat manual, bagi mencari ciri-ciri kandungan tertentu.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

TARA 2 tahun yang lalu

Janganlah Malas Periksa Payudara, Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan