web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjaya Tembus Kawasan Hitam, ‘Macam Ada Aura Orang Nak Kembali Pada BN’ - Mahdzir 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 1:55PM

Mahdzir Khalid dalam sidang media ketika berkempen di Pedu hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Perpaduan di Kedah dilihat semakin memberangsangkan, apabila gabungan tersebut berjaya menembusi beberapa lokasi yang dianggap sebagai ‘kawasan hitam’ sebelum ini. 

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aura positif itu kian dirasai melihat kepada sambutan mesra diberi penduduk. 

Mahdzir Khalid berkata, sambutan diberikan penduduk setempat semakin positif
Mahdzir Khalid berkata, sambutan diberikan penduduk setempat semakin positif

Menurut beliau, keghairahan pihak lawan bercakap mengenai gelombang yang dikatakan memihak kepada mereka, nyata tidak melunturkan kemeriahan sambutan diberi pada setiap acara dihadiri. 

"Di 15 kerusi BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN. 

"Kita tahu mereka mengharapkan gelombang seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN),” katanya kepada media ketika berkempen di Pedu, hari ini. 

Mahdzir Khalid atau Tok Det sempat berswafoto dengan penduduk setempat
Mahdzir Khalid atau Tok Det sempat berswafoto dengan penduduk setempat

Mahdzir yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu berkata, kerja keras BN mendekati rakyat mungkin menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan positif itu. 

"Semua ini mungkin kerana kita kuat bekerja mendekati rakyat di bawah.  

“Di Kedah, kami menganggap diri sendiri sebagai 'underdog' kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi kerajaan negeri,” katanya. 

Beliau dalam sidang sama turut melahirkan keyakinan dengan kebijaksanaan rakyat Kedah untuk memilih calon yang boleh bekerja, berbanding golongan bersifat populis. 

"Rekod perkhidmatan sudah tentu diambil kira dan kalau undi itu dibuat atas dasar populis, belum tentu kita boleh capai perkara yang rakyat mahukan," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mahdzir turut mengingatkan jentera dan penyokong BN agar tidak terpengaruh dengan rentak dimainkan pihak lawan, yang menggunakan kata-kata kasar dalam setiap ceramah dan kempen. 

"Tak payah gunakan bahasa kasar atau nak lawan semula kata-kata mereka. Sebagai contoh (Datuk Seri) Muhammad Sanusi ketika berucap sebelum ini menggunakan perkataan 'aku sepak satgi' yang ditujukan kepada saya. 

"Itu terpulanglah kepadanya tetapi budaya kita bukan macam itu. Tak payahlah nak jawab balik, sebaliknya kita fokus kepada pengundi dan kita yakin rakyat Kedah bijak membuat pilihan," katanya. - Getaran, 4 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad