web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Black Hanifah Bantu Kempen Calon BN Sungai Air Tawar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 4:52PM

Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail penyanyi Black Hanifah pada program santai anak muda ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 Selangor di Padang Bola Sepak Kampung Hormat Sungai Air Tawar hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SABAK BERNAM - Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular Hanifah Muhammad Hanafiah, atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah, yang turun padang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rizam Ismail.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Aku Rindu Sayang Kamu, Sofea Jane dan Teman Pengganti serta turut berlakon dalam filem Longkai itu, dilihat mengiringi calon BN menyantuni penduduk di sekitar Sungai Air Tawar di sini.

Black Hanifah berkata beliau tampil membantu atas dasar sahabat yang telah lama dikenali selain yakin Rizam mampu membawa perubahan lebih baik kepada penduduk dan kawasan tersebut.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu penduduk di sini untuk memilih Datuk Rizam kerana sepanjang mengenalinya, saya tahu beliau seorang yang kuat bekerja dan komited dalam melaksanakan tugas yang dipikul,” katanya ketika ditemui Bernama sebelum beraksi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di padang Kampung Dato Hormat di sini.

Black Hanifah yang sebelum ini aktif melakukan aktiviti bersama Pemuda UMNO Pantai Dalam, Kuala Lumpur, berharap penduduk Sungai Air Tawar terus memilih Rizam bagi membolehkannya meneruskan kesinambungan khidmat yang dicurahkan dalam merencana pembangunan di kawasan itu.

Terdahulu, beliau menyertai sesi ‘walkabout’ bersama Rizam di pasar tani Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, sambil memperkenalkan sahabatnya itu kepada pengunjung dan peniaga di situ.

Pada hari pengundian 12 Ogos ini, Rizam yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dan penyandang kerusi itu sejak 2018, akan bersaing dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Zaidi Selamat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad