web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dr Zaki Mahu Perkasa Pertanian, Ternakan Ala Ladang 'Farm Fresh'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 9:35PM

Dr Mohd Zaki Salleh - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI  -- Memperkasa industri pertanian dan ternakan ala ladang tenusu Farm Fresh menjadi fokus calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Dr Mohd Zaki Salleh jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, 12 Ogos ini.

Mesra dengan panggilan Dr Zaki oleh masyarakat tempatan berikutan profesionnya yang merupakan seorang doktor perubatan, beliau terpanggil untuk melaksanakan inisiatif itu selepas melihat kawasan berkenaan mempunyai banyak tanah yang belum dibangunkan.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun sebelum ini, tiada sebarang perancangan teliti dan berkesan dirangka untuk penduduk tempatan yang kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian dan ternakan.

“Di DUN ini satu daripada sumber ekonominya adalah pertanian dan ternakan. Kita ada kelapa sawit dan taman kekal pertanian selain terdapat juga orang kampung yang menternak lembu dan kambing secara kecil-kecilan.]

“Jadi saya fikir kenapa tidak kita wujudkan satu projek besar-besaran di dalam DUN Air Putih ini kerana kita mempunyai tempat dan tanah di kawasan luar bandar, padang ragut kita boleh buat serta boleh pasarkan mengikut sistem yang ada,” katanya kepada Bernama.

Dr Mohd Zaki Salleh (kanan, berdiri) beramah mesra bersama penduduk setempat ketika tiba di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor baru-baru ini
Dr Mohd Zaki Salleh (kanan, berdiri) beramah mesra bersama penduduk setempat ketika tiba di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor baru-baru ini

Dr Zaki juga memberitahu terdapat pelabur dari luar yang menyatakan hasrat untuk membuka sebuah kilang kernel (biji buah kelapa sawit) di Air Putih, yang sekali gus akan membuka lebih peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

“Mereka sebenarnya sudah bersedia dan merupakan pelaburan yang bernilai tinggi kerana kernel yang akan diproses nanti akan menjadi bahan api untuk loji jana kuasa di negara luar,” katanya.

Menurut Dr Zaki lagi bagi menjayakan pelbagai hasrat itu, lebih molek jika kerajaan Terengganu sehaluan dengan kerajaan Persekutuan bagi membolehkan setiap rakyat merasai impak maksimum pembangunan negeri ini.

“Satu perkara penting lain adalah kerajaan negeri harus diselarikan supaya perancangan strategik kita untuk pembangunan di setiap kawasan di negeri bertuah ini senang mendapat kerjasama kerajaan pusat,” katanya.

Pada Pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi DUN Air Putih, BN yang diwakili Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar tewas dengan majoriti 746 kepada wakil PAS Razak Ibrahim yang meraih 12,985 undi.

PRN kali ini menyaksikan Dr Zaki akan menentang calon baharu dari PAS, Mohd Hafiz Adam dalam saingan satu lawan satu setelah penyandangnya tidak mempertahankan kerusi itu.-- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek