web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Kukuh, Sukar Digugat - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 8:02AM

Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berucap pada Majlis Ceramah Arus Merah Kuning di Subang Bestari, malam tadi -- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang disertai 19 parti gabungan ketika ini adalah kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lepas, kesepaduan kesemua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai Jemaah Menteri kini bertambah utuh dan sukar diganggu-gugat.

"Pada peringkat awal kita bentuk kerajaan, macam-macam cerita kita dengar tentang percubaan untuk ambil alih kerajaan dan ia dicanangkan dari bulan ke bulan sehingga yang terakhir semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

"Sekarang timbul pula cerita yang Kerajaan Perpaduan akan jatuh pada Ogos ini…ini semua sembang sahaja. 

"Jangan dengar dan termakan dengan cerita itu. Ketika ini kita (kerajaan) cukup kuat, utuh dengan semua kepimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sepakat mempertahankan kerajaan sedia ada," katanya pada majlis Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Subang Bestari dekat sini malam tadi.

Perdana Menteri hadir memberikan sokongan kepada Altimet di Ampang, semalam - gambar Azlan Hadi Abu Bakar
Perdana Menteri hadir memberikan sokongan kepada Altimet di Ampang, semalam - gambar Azlan Hadi Abu Bakar

Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta dua calon PH bagi kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim dan DUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman.

Perdana Menteri berkata kestabilan kerajaan kini turut diperkuat dengan kesepaduan serta kesepakatan dua timbalannya iaitu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang terus menzahirkan sokongan kepada kekukuhan kerajaan.

Katanya kestabilan kerajaan pimpinannya juga bertambah utuh menerusi komitmen jitu yang ditunjukkan oleh ketua-ketua parti baik PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan serta semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Anwar terus menzahirkan komitmen untuk tidak sesekali berkompromi dan memaafkan mereka yang terlibat dengan perbuatan dan mencuri harta negara, khususnya ketika mereka berkuasa.

"Mereka boleh tuduh saya macam-macam dan saya boleh maafkan tetapi apabila melibatkan rasuah, curi harta rakyat dan negara, saya tidak akan maafkan dan akan minta pihak berkuasa siasat sehingga kamu pulangkan wang yang dicuri kepada rakyat.

Amirudin Shari (tengah) ketika Hari Pencalonan DUN Sungai Tua semalam yakin pengundi akan terus memilih PH - gambar Mohd Hazli Hassan
Amirudin Shari (tengah) ketika Hari Pencalonan DUN Sungai Tua semalam yakin pengundi akan terus memilih PH - gambar Mohd Hazli Hassan

"Saya tidak mahu banyak berjanji, tapi yang pasti saya akan cuba sedaya upaya membuat perubahan ke arah kebaikan rakyat dan negara, itu saya berani janji," katanya.

Berhubung PRN Selangor, Anwar berharap rakyat negeri itu dapat membuat pilihan bijak dengan memilih calon-calon daripada parti yang tekad utama mereka adalah menghapuskan rasuah, salah guna kuasa serta telah terbukti berjaya membangunkan negeri itu sehingga menjadi negeri termaju di Malaysia. 

“Dalam hal ini, saya yakin rakyat Selangor tahu menilai dan akan menyokong calon-calon daripada PH-BN bagi menjamin kesinambungan pentadbiran baik kerajaan negeri ketika ini,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad