web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terima Kasih Tan Sri’, MUDA Bukan Terburu-Buru Tapi Tak Dipedulikan – Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 4:12PM

Syed Saddiq (kiri) dan Lim Kit Siang - Ihsan Facebook Syed Saddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Anggapan bahawa keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sebagai tindakan ‘terburu-buru’ adalah tidak berasas, malah dibuat demi memperjuangan politik baharu yang ‘bersih’.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu diambil selepas tidak menerima sebarang respon positif, walaupun tiga surat telah dihantar pimpinan parti berkenaan untuk mengadakan pertemuan ringkas dengan Kerajaan Perpaduan, termasuk bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ujarnya, pimpinan MUDA bukan sahaja diperlekehkan, malah ‘dicemuh’ apabila Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengatakan beliau tiada masa untuk membaca surat terbabit.

“Jawapan ini diberikan walaupun pada awalnya pejabat beliau bersetuju untuk bertemu terlebih dahulu, tetapi membatalkannya pada saat-saat akhir.

“Jadi terima kasih Tan Sri Lim Kit Siang kerana meluangkan masa menulis mengenai keputusan MUDA untuk bergerak solo bagi memperjuangkan era politik baharu. Saya menghormati pandangan anda.

“Tetapi anggapan bahawa MUDA ‘tergesa-gesa’ dan tidak mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar adalah tidak berasas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kit Siang yang menasihatkan MUDA supaya tidak ‘terburu-buru’ dan bekerjasama dengan parti Kerajaan Perpaduan dalam enam PRN, berbanding bertanding secara solo.

Veteran DAP itu menerusi kenyataan semalam menegaskan, MUDA mesti menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk membina Malaysia, dan menghalangnya daripada kembali kepada amalan dan rasuah dilakukan pemimpin terdahulu yang menyebabkan negara berpecah. 

Kelmarin, MUDA mengumumkan menyertai PRN di enam negeri secara solo, demi mengangkat suara rakyat dan membawa politik baharu untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), selain komponen Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GERAKAN.

Menerusi pengumuman itu, MUDA menegaskan keputusan terbabit juga adalah kerana permintaan mereka untuk bekerjasama dengan PH tidak didengari.

Katanya, MUDA sudah beberapa kali memohon menyertai PH sebagai ahli gabungan, tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

Mengulas lanjut kenyataan Kit Siang itu, Syed Saddiq berkata, beliau sudah cuba menghubungi Anwar dan pegawai Perdana Menteri menerusi pelbagai cara, termasuk di Parlimen, luar Parlimen serta pesanan teks, namun malangnya tiada jawapan diberikan.

“Kami hanya mahukan satu mesyuarat supaya kami boleh mencadangkan jalan ke hadapan untuk membina Malaysia yang benar-benar berbilang kaum, agama, sederhana dan berpaksikan reformasi.

“MUDA berada di sini untuk membuktikan Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan dan memulakan era politik baharu di mana kepelbagaian diraikan,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Kit Siang mengenai Perikatan Nasional (PN) memainkan politik perpecahan dan memerlukan alternatif.

“MUDA mahu menjadi alternatif yang progresif itu, bukannya terlibat dalam ketakutan, perpecahan dan hiper-partisan yang dimainkan elit politik.

“Anda mahukan pembaharuan, Tan Sri? Saya juga mahukan pembaharuan, tetapi di manakah pembaharuan itu?

“Cukup-cukuplah. MUDA akan memasuki PRN untuk menjadi suara hati nurani rakyat. Kami mahu memainkan peranan lebih besar untuk menjadi ‘semak dan imbang’ terhadap kerajaan ini,” katanya.

Mengakui laluan untuk MUDA mencapai impian berkenaan sukar, namun Syed Saddiq nekad dengan menegaskan parti itu akan berjuang bersungguh-sungguh.

“Untuk mengubah Malaysia, kita perlu belajar daripada banyak kekalahan. Pemimpin muda perlu mempunyai keazaman untuk memacu Malaysia ke hadapan.

“Politik baharu untuk Malaysia baharu. Terima kasih, Tan Sri. Semoga sihat dan bahagia selalu,” katanya. – Getaran, 28 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad