web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Pulau Pinang Rasmi Bubar Hari Ini, Beri Laluan Kepada PRN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 11:37AM

Law Choo Kiang menyerahkan watikah pembubaran DUN Pulau Pinang kepada Dr Siti Nazariah Abdul Zalim semalam bagi membolehkan pilihan raya diadakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pembubaran itu, lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini, susulan pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang medianya semalam, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Yang Dipertua DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menyerahkan watikah pembubaran DUN Pulau Pinang kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Dr Siti Nazariah Abdul Zalim semalam bagi membolehkan pilihan raya tersebut diadakan.

Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Chow berkata tempoh selepas tiga minggu pembubaran DUN untuk hari penamaan calon itu dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.

Pada PRU-14, Pakatan Harapan (PH) memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi, termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan PAS (satu).

Pada Februari 2020, Bersatu mengumumkan keluar daripada PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN) menyebabkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Pulau Pinang, ADUN Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim, menarik balik sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah PH.

Sementara pergolakan dalam PKR turut menyaksikan dua ADUN daripada parti itu dipecat iaitu ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim.

Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan ialah PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi.

Selain Pulau Pinang, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar