web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kami Sudah Berkali-Kali Hubungi PH Tapi…’, MUDA ‘Realistik’ Tak Tanding Semua Kerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang adalah kerana permintaan mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tidak didengari.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, MUDA sudah beberapa kali memohon menyertai PH sebagai ahli gabungan tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Saya rasa semua tahu, kami sudah banyak kali menghubungi PH, bukan sekali tetapi berkali-kali.

“Saya rasa jikalau kita hanya diberikan kerusi, tetapi dengan jawatan dan kerusi kita mengorbankan prinsip perjuangan, saya rasa ia tidak adil untuk rakyat yang menaruh harapan kepada MUDA,” katanya ketika sesi Town Hall dalam talian pertama parti MUDA, malam tadi.

Menurut beliau, keputusan bertanding solo itu juga bertujuan untuk menjadi suara rakyat dan bertindak sebagai medium semak dan imbang di dalam kerajaan sedia ada.

Katanya, ketika ini kerajaan terbelah kepada dua blok parti politik yang agak besar dan dilihat bersifat ‘toksik’.

Malah, jelas beliau, rata-rata rakyat melihat prinsip perjuangan kerajaan berubah, berbeza dengan apa yang diperjuangkan sebelum ini.

“Oleh itu, MUDA perlu fokus kepada idealisme asal untuk menyatukan dan memperjuangkan rakyat serta memberi keadilan kepada semua walaupun berada di pihak pembangkang.

“Tidak adil untuk kerajaan menghukum rakyat yang tidak mengundi mereka dengan menganaktirikannya.

“Sebab itu, dari dulu sampai sekarang, MUDA amat konsisten dengan perjuangannya dan tidak pernah bersikap 'u-turn' sama sekali,” katanya.

Semalam, MUDA mengumumkan untuk menyertai PRN di enam negeri secara solo demi mengangkat suara rakyat dan membawa politik baharu demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, BERSATU dan GERAKAN.

Sementara itu, Syed Saddiq mengakui MUDA perlu mengukur baju di badan sendiri sebelum mengetengahkan calon pada PRN di enam negeri akan datang.

Katanya, mereka harus bersikap realistik dan tidak mampu bertanding di semua kerusi susulan kekangan kewangan dan jentera kempen.

“Kita realistik. Ia bukan pilihan mudah, bertanding sendiri tanpa duit dan pengalaman.

“Kalau kalah tak apa, saya nak didik pemimpin dalam MUDA supaya berani menongkah arus. Belajar dari kekalahan dan kemenangan supaya kita dapat melabur di dalam Malaysia untuk tempoh lima, 10 dan 12 tahun akan datang.

“Parti-parti lain seperti PAS, PKR dan DAP bertapak puluhan tahun, kemenangan itu bukan datang tiba-tiba. Kami mahu bertanding dengan cara kami supaya rakyat ada pilihan dan tidak dimomokkan dengan politik perpecahan,” katanya. – Getaran, 27 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad