web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persiapan PKR Hadapi PRN Di Peringkat Akhir - Saifuddin Nasution

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 7:00AM

Proses selepas ini adalah untuk membuat keputusan tentang senarai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi DUN di negeri-negeri yang terlibat. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Persiapan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah di peringkat akhir, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata yang tinggal selepas ini adalah untuk membuat keputusan tentang senarai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang terlibat.

"Bila dah sampai tahap itu bermaksud PKR terutamanya sudah pun bersedia dan kalau biasa pengalaman saya 14 tahun sebagai Setiausaha Agung (PKR) yang ikut membantu persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya (sebelum ini), saya tengok bahawa PKR untuk menghadapi PRN berada pada tahap terbaik yang pernah kami sediakan.

"Bercakap tentang prospek PKR dengan calon-calon yang akan kami tampilkan, kami yakin di mana juga kerusi yang akan diumumkan secara muktamad yang akan ditandingi PKR mewakili tiket Pakatan Harapan (PH), kami yakin kami mampu menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan," katanya di sini semalam.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jentera pilihan raya PKR Kedah di sini hari ini.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata PKR akan mengadakan taklimat khas berkenaan persiapan parti itu menghadapi PRN, yang akan disertai semua pimpinan tertinggi parti selain Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, di Kuala Lumpur, esok.

Beliau berkata antara perkara yang akan dibentangkan termasuk status rundingan pengagihan kerusi, tahap sokongan terkini rakyat terhadap PKR dan pengagihan tugas kepada pimpinan di negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN.

"Dalam taklimat esok juga akan dibentangkan tentang strategi kempen PRN yang akan dilaksanakan Keadilan kerana negeri berbeza, strategi berbeza, tiga negeri dikuasai PH, strategi adalah untuk pertahankan, jadi strategi berbeza dengan Kedah contohnya, yang kami berhasrat untuk menawan, esok disampaikan dalam taklimat itu," katanya.

Selain Kedah, lima negeri yang turut akan mengadakan PRN dalam masa terdekat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad