Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


PAU 2023 Pentas Terbaik Ahmad Zahid Rungkaikan Isu Sokong DAP

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 7:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2023) perlu menjadi platform untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membawa usul tergempar bagi menyelesaikan isu berkaitan sokongan kepada DAP, terutama pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pakar Keselamatan dan Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, aspek ini perlu diterangkan secara terperinci kepada perwakilan dan akar umbi UMNO agar kekeliruan yang melanda sejak parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan dapat dirungkaikan.

Menurut beliau, perkara itu akan menghidupkan kembali demokrasi di dalam parti tersebut dan membuktikan kuasa membuat keputusan tidak hanya terletak kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Presiden semata-mata.

“Usul bersama DAP serta rakan politik lain dalam Kerajaan Perpaduan harus dibawa secara terperinci dalam PAU agar pemimpin serta ahli mampu melihat matlamat dengan jelas keputusan dilakukan oleh UMNO. Ia perlu dibincang, dibahas agar akar umbi boleh memahami, jika tidak, bagaimana kita dapat tahu kelemahan atau kekuatan bersama parti itu.

“Apa yang merisaukan ahli UMNO ketika ini, perkara itu tidak pernah dibincang, tiba-tiba diangkat (memberi sokongan kepada DAP). Ini adalah petanda tidak baik yang akhir sekali akan memberi impak negatif sehingga timbulnya konflik ekoran keputusan dibuat kepimpinan tertinggi tidak selari dengan hasrat akar umbi atau pengundi. Jadi, angkat isu itu sebagai usul,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Ditanya saranan UMNO agar ahli terbuka menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat pada perasmian PAU, Hussain melahirkan pendapat senada, menyamai hasrat Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelasnya, ia perlu dilakukan bagi memastikan legasi Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), sekali gus menjunjung titah 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas tiada gabungan parti mempunyai kemenangan majoriti pada PRU-15 lalu.

“Semua sedia maklum tidak semua ahli UMNO boleh menerimanya kerana matlamat dan perjuangan UMNO, namun dalam menjaga legasi kuasa parti, mereka perlu berlapang dada apatah lagi kepimpinan telah membuat keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan. Sebenarnya, ia tidak seharusnya timbul menjadi isu.

“Namun, jika ada ketidak puashati terhadap keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti, perlu diselesaikan menerusi mesyuarat dalaman atau sebarang saluran kaedah yang telah disediakan oleh UMNO. Apapun, wujud keperluan untuk patuh kepada arahan kepimpinan,” katanya.

Bagaimanapun, Hussain tidak bersetuju sekiranya Ahmad Zahid diangkat sebagai tokoh yang berjaya menyatupadukan UMNO dengan musuh seterunya, apabila nekad menjemput Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu serta presiden 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk bersama memeriahkan PAU.

“Kalau betul dikatakan tokoh perpaduan antara parti politik itu, sepatutnya pada awal PRU-15 bertanding secara bersama tapi keputusan untuk bersama PH serta DAP dibuat apabila tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan persekutuan. Sebelum ini tiada satu pun keputusan dalam MKT UMNO untuk bergabung (dengan PH).

“Seharusnya ia mesti dilakukan menerusi suara akar umbi, ada perbincangan yang serius, harmoni, serta ikhlas dalam PAU namun perkara itu tiada dan ia dibuat atas dasar keterpaksaan untuk membentuk sebuah kerajaan. Jadi, cipta resolusi yang terperinci agar tiada masalah akan datang. Kita risau permuafakatan itu menjadi hancur apabila tiada kepentingan untuk legasi parti,” katanya.

Terdahulu, akar umbi UMNO diminta berlapang dada dan terbuka menerima kehadiran Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat pada perasmian PAU 2023, Khamis ini.

Ahmad dipetik sebagai berkata, semua ahli diminta tidak terpengaruh dengan tindakan segelintir pihak yang kononnya mahu memboikot persidangan itu.

Jelasnya, mereka wajar menerima dinamika politik baharu yang memerlukan keterbukaan minda.

Ahmad yang juga mantan Setiausaha Agung Umno berkata, langkah menjemput Anwar dan juga 19 presiden parti gabungan Kerajaan Perpaduan itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Sementara itu, Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, tidak pelik sekiranya UMNO menjemput Pengerusi PKR itu kerana Anwar bukan lagi musuh UMNO dan merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Persekutuan ketika ini.

Menurut beliau, ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa mereka kini bukan lagi parti majoriti yang mampu mentadbir Putrajaya sepenuhnya, sebaliknya hanya sebahagian daripada gabungan kecil (parti yang menang kerusi paling sedikit) Kerajaan Perpaduan.

“Ahli atau akar umbi perlu berlapang dada bahawa dari segi realitinya mereka harus menerima, suka atau tidak kerana politik itu serba kemungkinan. Kalau dulu musuh, hari ini dia boleh jadi kawan. Kalau ketika ini menjadi rapat, esok lusa akan menjadi musuh. Jadi, Ahmad Zahid boleh dilihat sebagai ejen kerana beliau menjadi presiden ketika partinya bukanlah keramat seperti dahulu.

“Ahmad Zahid juga dilihat menerima hakikat bahawa bagaimana hendak menghidupkan semula partinya dengan hanya 26 kerusi Parlimen sahaja untuk menjadi kerajaan. Di situ kelebihan beliau dalam memastikan partinya walaupun tidak lagi menjadi tunjang kepada kerajaan seperti dahulu, tetapi paling tidak UMNO masih lagi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Perkara itu yang penting. Ahmad Zahid ketika ini di posisi sukar namun dia masih boleh memberi peluang kepada kepimpinan UMNO untuk menjadi sebahagian kerajaan. Itu adalah lebih mudah berbanding daripada menjadi pembangkang,” katanya.

Jamaie berkata, adalah perlu untuk kepimpinan UMNO mencari formula terbaik bagi memastikan sosialisasi dalam UMNO diteruskan dengan cara berkempen menerusi media massa dan media sosial, bertujuan mendekati semula 3.6 juta ahli UMNO yang melakukan protes tidak mengundi parti ketika PRU-15.

“Kekalahan teruk yang dialami oleh UMNO bukanlah disebabkan kekuatan parti lawan namun disebabkan pengundi mereka sendiri. Kita perlu mendekati akar umbi agar akur bahawa politik ketika ini dinamik, tidak boleh dikawal serta mampu memastikan ahli akan kembali memberi undi kepada parti. Usaha harus berterusan.

“Jika tidak, UMNO tidak akan menjadi parti relevan sehingga tidak boleh diterima oleh ahlinya sendiri. Sebagai contoh di Selangor, UMNO hanya ada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi minta 17 kerusi (untuk Pilihan Raya Negeri). Memang tidak logik, justeru, akar umbi harus mengundi semula parti agar menjadi semakin kuat dan boleh berunding bagi mendapatkan kerusi lebih banyak,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 3 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa 19 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis