web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jika Khairy Gelojoh, Maka Dia Terima Pelawaan Muhyiddin, Jadi Calon MB’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:00AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mungkin menerima tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika beliau dinamakan sebagai calon Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia tidak mustahil berlaku sekiranya Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan, gelojoh mahu mengejar cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Memang kita dengar Muhyiddin menawarkan Khairy menyertai PN dan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU. Kalau dia betul bijaksana, dia akan bersabar tunggu supaya suatu hari nanti dia kembali ke pangkuan UMNO.

“Tapi kalau dia gelojoh, tak sabar, dia nak cepat, tak boleh tahan jadi DJ Hot FM, maka dia terima saja pelawaan Muhyiddin. Dia jadi calon PN, jadi calon Menteri Besar. (Jadi) Tak mustahil dia boleh jadi Menteri Besar. Dalam keadaan sekarang macam-macam boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab bersama TikTokers Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Facebooknya, baru-baru ini.

Susulan itu, Lokman Adam yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menasihati pemimpin BN dan PH agar tidak terlalu selesa dengan kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Jangan selesa sangat. Kita tidak kuat langsung (sekarang ini). Betul… kedudukan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) selesa 148, tetapi sejauh mana nak dapat sokongan orang melayu. Ini bukan perkara tidak mudah.

“Apatah lagi kebelakangan ini banyak bangkit isu yang mudah diputarbelitkan PN. Mereka dapat kelebihan yang beri kemudaratan kepada kita,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Pengerusi PN itu berkata, tawaran tersebut dibuat selepas mengambil kira kemampuan mantan Ahli Parlimen Rembau itu memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Khairy akan mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipecat UMNO pada 1969, tetapi diterima semula sebelum menjadi Perdana Menteri, Lokman Adam bagaimanapun tidak menolak kemungkinan tersebut.

“Saya fikir Khairy bukanlah orang yang tak boleh berfikir. Dia boleh berfikir dengan waras. Dia pun tahu UMNO masih pilihan utamanya. Saya yakin.

“Saya pun pernah dibuang (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi tapi diambil balik oleh presiden yang sama. (Jadi) tak mustahil Khairy boleh diambil balik,” katanya. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran