web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama PAS-BERSATU Ibarat Kahwin Muta’ah, ‘Kita Tunggulah Apabila Retak Menjadi Belah’ – Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 9:34AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan retak dan berpecah, malah kerjasama antara dua parti dalam gabungan berkenaan, iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dijangka bersifat sementara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meramalkan Perikatan Nasional (PN) akan retak dan berpecah, malah kerjasama antara dua parti dalam gabungan berkenaan, iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dijangka bersifat sementara.

Beliau berkata, malah kerjasama parti dalam gabungan itu, khususnya di antara PAS dan BERSATU, disifatkan sebagai ‘kahwin muta’ah’.

“Kita dengar perkahwinan muta’ah oleh kedua-dua pihak (PAS dan BERSATU) pasti dalam bentuk sementara.

“Kita tunggulah apabila retak menjadi belah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-77 di sini, malam tadi seperti dilaporkan BH.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau menegaskan UMNO pernah menjadi ‘mangsa’ ketika bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kita sudah cuba atas nama piagam dan MN, tapi parti itu dengan siapa pun, apabila dia bersekongkol, pasti parti (yang bersama) itu akan ditendang dan diterajang, termasuk kita dulu.

“Saya yakin gabungan disertai parti itu sekarang ini pun, apabila kocakan mula berlaku, saya fikir tak lama lagi gabungan itu akan pecah dan rakan kongsi politik juga akan ditendang sebagaimana dia tendang kita,” katanya.

Mengenai Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan Ahad ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, satu pertemuan membabitkan 148 Ahli Parlimen kerajaan akan diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Konvensyen akan bermula dari pagi, akan ada pertemuan dalam kalangan Puteri dan Pemuda pelbagai parti. Tengah hari, kami akan pertemukan 148 Ahli Parlimen yang mendukung kerajaan untuk bertemu Perdana Menteri.

“Tentu ada amanat penting yang akan diberikan Perdana Menteri nanti,” katanya. – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

3

Politik 2 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

4

Politik 1 bulan yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

oleh Amirah Abu Bakar