web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Pembahagian Kerusi PH Negeri Sembilan Di Peringkat Akhir - Aminuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 6:16PM

Aminuddin Harun berkata hasil perbincangan akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Perbincangan mengenai agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan kini di peringkat akhir.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil perbincangan akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan.

Pengerusi PH negeri dan naib presiden PKR itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini hari ini.

Ditanya mengenai agihan kerusi bersama Barisan Nasional (BN) untuk PRN negeri, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat.

“Perbincangan itu bukan hanya di negeri ini tetapi melibatkan keseluruhan enam negeri yang akan menghadapi PRN," katanya.

Selain Negeri Sembilan, lima negeri lain yang bakal mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mandat kerajaan Negeri Sembilan akan berakhir Jun ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat masih berteka-teki sama ada kekal bertanding pada PRN kali ini atau sebaliknya.

"Saya tak tahu lagi, sama ada saya bertanding atau tidak, Insya-Allah kalau ada rezeki adalah tetapi orang cakap rezeki tidak salah alamat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

2

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Kolum 4 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek