web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kamu Terdesak Tukar Kerajaan Kerana Mahu Lari Pendakwaan Mahkamah’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:08PM

Isham Jalil berkata, komplot itu juga dirancang hanya untuk menyelamatkan Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin gabungan berkenaan daripada didakwa serta dipenjara -Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembangkang didakwa terdesak mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan kerana ingin lari dari pendakwaan di mahkamah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, komplot itu juga dirancang hanya untuk menyelamatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin gabungan berkenaan daripada didakwa serta dipenjara.

Beliau bagaimanapun menasihatkan pemimpin terlibat agar bertanggungjawab terhadap kesalahan dilakukan semasa mereka menerajui negara sebelum ini.

“Saya tahu kamu terdesak mahu tukar kerajaan sebab kamu mahu lari daripada pendakwaan mahkamah dan kamu ingin menyelamatkan Muhyiddin serta tengkuk kamu sendiri dari didakwa dan dipenjara.

“Nasihat saya ialah hadap sahajalah pendakwaan dan proses mahkamah ini dan jawab di hadapan hakim. Pemimpin UMNO ramai sudah melalui proses ini sebelum ini, kamu tidak boleh terkecuali.

“Kamu perlu bertanggungjawab ke atas apa yang kamu buat semasa kamu berkuasa. Tiada siapa yang terkecuali daripada proses pengadilan dan kebertanggungjawaban ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Isham turut mengesyorkan kepada pemimpin PN dan Ahli Parlimen yang bersekongkol dengan parti itu, mengumpul dan membawa akuan bersumpah (SD) ke Parlimen serta istana untuk membuktikan mereka mempunyai sokongan.

Malah, beliau berpendapat, Kerajaan Perpaduan tidak akan mengisytiharkan darurat sebagaimana dilakukan Muhyiddin sewaktu beliau hilang sokongan sebagai Perdana Menteri.

“Jika tidak saya gesa PN fokus sahaja untuk jadi pembangkang yang membina dan biar kerajaan hari ini buat kerja dan stabilkan ekonomi.

“Sebab setiap kali pertukaran kerajaan cara pintu belakang, ia akan menggugat kestabilan politik dan merencat keadaan ekonomi. Yang susah adalah rakyat,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang hari ini, mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan supaya membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen bulan ini.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau bukan Perdana Menteri yang takut seperti pimpinan negara terdahulu, apabila memilih menangguhkan sidang Parlimen dan mengisytiharkan darurat bagi mengelak 'bertempur'.

Katanya, pihak yang yakin mempunyai sokongan cukup Ahli Parlimen bagi menukar kerajaan boleh membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan keabsahan.

“Sebab itu bila ada pertelingkahan mengenai kestabilan dalam negara, saya tegas menyatakan saya bukan mantan Perdana Menteri yang elak berdepan berentap dalam mendapatkan keabsahan.

“Mantan Perdana Menteri dulu memilih isytihar darurat dan tangguh Parlimen. Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan sekarang memilih berdepan dan bertempur di Parlimen jika mereka ada angka cukup seperti dikatakan.

“Jadi dengan kenyataan ini, saya mahu matikan sebarang kenyataan yang ganggu gugat kestabilan negara, saya yakin kita ada angka ampuh, kita masih bertahan dengan angka 148 (Ahli Parlimen) dan jika mahu dicabar, cabar di Parlimen,” katanya. – Getaran, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar