web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kalau Mahu Cabar, Cabar Di Parlimen - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 5:55PM

Anwar Ibrahim sedia ‘bertempur’ di parlimen sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke parlimen.

Katanya beliau bukanlah seperti Perdana Menteri terdahulu, yang menurutnya memilih mengisytiharkan darurat atau menangguhkan sidang parlimen, sebaliknya beliau sedia ‘bertempur’ di parlimen sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar.

“PM (Perdana Menteri) sekarang dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ di parlimen untuk lihat siapa yang ada angka. Kalau mahu dicabar, cabar di parlimen nanti…saya yakin dengan angka…kita (Kerajaan Perpaduan) masih pertahankan (sokongan) 148 Ahli Parlimen.

“Saya sedia bertempur di parlimen sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai angka,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini.

Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dikatakan telah memiliki cukup Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta pihak yang mendakwa telah memiliki cukup SD untuk mengambil mengambil alih jawatan Perdana Menteri membawa usul mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.

“Bawa usul ke parlimen, saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi tidak percaya dan saya akan berdepan dengan semua ahli-ahli berhormat untuk selesaikan isu ini, tapi syaratnya, biar ini episod ini berakhir, supaya kita boleh tumpu perhatian kepada pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata dalam tempoh beberapa bulan lepas ini, hasil negara bertambah kerana keyakinan pelabur terhadap pimpinan dan Kerajaan Perpaduan yang stabil.

“Jangan sabotaj Kerajaan Perpaduan…kita sudah beri ruang, jangan cuba mengganggu gugat pentadbiran sekarang. Kalau enggan henti, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur,” katanya.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh pimpinan sekarang adalah untuk menghentikan salah laku pimpinan, penyelewengan rasuah dan menggunakan keuntungan ahli keluarga dalam kerajaan sebelum ini.

Terdahulu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijatul Mohd Nor telah hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamed Sabu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad