web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Tetap Beri Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 10:16PM

Barisan Nasional tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara aman dan stabil, dipimpin Perdana Menteri yang disepakati di atas asas Kerajaan Perpaduan, seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, parti itu tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara aman dan stabil, dipimpin Perdana Menteri yang disepakati di atas asas Kerajaan Perpaduan, seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong.

“Terdapat pelbagai spekulasi cuba dimainkan menerusi media sosial dalam kalangan (pihak) tertentu yang kehilangan kompas politik kestabilan melalui usaha ancaman dan gugatan, bertujuan melihat negara terus berantakan.

“Sesungguhnya negara mendambakan sebuah kerajaan stabil untuk membangunkan semula agenda pembangunan, pertumbuhan dan pemacuan dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zambry berkata, Malaysia perlu muncul semula di pentas antarabangsa bagi membina keyakinan pelabur dan masyarakat global.

Katanya, asas kestabilan perlu dipertahankan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

“Maka, BN menyeru kepada semua pihak untuk memberi fokus kepada agenda membangunkan negara dan menolak sebarang bentuk politik gugatan.

“Justeru, BN ingin mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar,” katanya.

Desas-desus mengenai komplot menjatuhkan kerajaan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, malah Perdana Menteri tidak menolak wujudnya konspirasi terbabit.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ia sebagai tidak berasas, selain meminta semua pihak supaya tidak melayan pihak yang ingin berkomplot menjatuhkan kerajaan.

Tegasnya, gabungan parti politik utama yang membentuk Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat dan mampu menangkis sebarang komplot, selain menyatakan komitmen mempertahakan pentadbiran sedia ada.

Kenyataan Anwar itu susulan laporan sebuah portal berita yang melaporkan wujudnya usaha menggulingkan kerajaan, selepas beberapa Ahli Parlimen BN didakwa dipujuk individu tertentu untuk meninggalkan parti mereka dengan mengorbankan kerusi dimenangi.

Laporan yang memetik sumber itu mendedahkan, sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen BN menjadi sasaran dalam komplot menjatuhkan kerajaan. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar