web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sanusi Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI Demi Iringi Sultan Kedah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 6:23PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan kekecohan mengenai majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Alor Star esok, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau akan menghadiri program itu bagi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Menteri Besar Kedah dijadual menghadiri Rumah Terbuka Malaysia MADANI bagi mengiringi Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok,” kata Setiausaha Akhbar kepada Sanusi, Muhamad Mat Yakim seperti dilaporkan Berita Harian. 

Rumah Terbuka Aidilfitri di Kedah akan diadakan oleh kerajaan Pusat di Hotel Raia Alor Star bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Pengesahan itu dibuat susulan kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan Sultan Kedah akan menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan rumah terbuka peringkat kebangsaan di ibu negeri itu, esok.

Tambah Fahmi, ia akan memeriahkan lagi majlis tersebut dan memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk menyambut Aidilfitri bersama Sultan Sallehuddin.

Semalam, Sanusi berkata, beliau akan menghadiri rumah terbuka tersebut sekiranya Sultan Sallehuddin berkenan hadir.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah itu menuduh kerajaan pusat menggunakan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sebagai acara kempen pilihan raya yang menelan perbelanjaan tinggi. 

Anwar juga akan ke Rumah Terbuka Aidilfitri di Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei), di samping majlis anjuran kerajaan negeri di Selangor (14 Mei), Pulau Pinang (6 Mei), dan Negeri Sembilan (7 Mei). – The Vibes, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kerajaan Perlu Persiapkan Diri Dengan Kemahiran Di Lapangan - Sultan Kedah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Kedah Kurnia Panji Rejimen Kepada Batalion 23 RAMD

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar DUN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad