web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Dasar Bagus Dilaksana Anwar Mampu Jadi Faktor Pelaris Kempen PH-BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 7:11AM

Chow Kon Yeow berkata Anwar Ibrahim sudah melaksanakan banyak keputusan baik dalam tempoh lima bulan sejak PRU-15, malah tinjauan pendapat terkini menunjukkan dua pertiga daripada responden merasakan Kerajaan Perpaduan berada di landasan tepat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemampuan beliau melaksanakan pelbagai perubahan menerusi dasar baik, menjadi faktor pelaris kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Justeru, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, PH dan BN akan berusaha memenangi sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, ia bagi memastikan Pulau Pinang mempunyai kerajaan berbilang kaum.

“Saya berharap Putrajaya akan memperkenalkan lebih banyak dasar bagus di enam negeri yang bakal mengadakan PRN, seperti projek baharu dan kelulusan.

“Ia bagi memberi harapan kepada pengundi bahawa kerajaan ini mampu mengharungi cabaran dan krisis. Dan memberi harapan kepada negara untuk terus maju,” katanya pada sidang media di George Town, Pulau Pinang, seperti dilaporkan FMT.

Pada masa sama, Chow yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, kemenangan besar DAP tanpa rakan kongsi akan menyebabkan kerajaan negeri baharu dilabel sebagai kerajaan bukan Melayu, berbanding pembangkang yang didominasi anggota Melayu-Islam.

“Keadaan sedemikian adalah ‘sesuatu yang tidak mahu kita lihat di negara ini’,” katanya.

Ketika ini, PH memiliki 33 daripada 40 kerusi DUN, iaitu DAP (19), PKR (12) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) (2), manakala BN mempunyai dua kerusi melalui UMNO.

Hanya PAS bergelar pembangkang menerusi penyertaannya sebagai anggota Perikatan Nasional (PN), manakala empat kerusi diisytiharkan kosong.

Selain itu, Chow berkata, PH mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

“Gabungan itu dan rakan kongsinya ‘perlu memenangi semua kerusi itu juga’,” katanya merujuk kepada 15 kerusi DUN majoriti Melayu di Seberang Perai yang dianggap ‘tidak selamat’ kerana berdepan pengaruh PN yang semakin besar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PH akan menerima kehilangan kerusi itu, memandangkan gabungan pemerintah dijangka memperoleh kemenangan menyeluruh yang selesa pada pilihan raya.

Beliau juga ditanya sama ada prestasi PH dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, menjadi petunjuk yang cukup baik bahawa 15 kerusi tidak selamat itu boleh dimenangi dengan mudah, kerana undi gabungan kedua-dua gabungan terbabit lebih banyak daripada undi diperoleh PN.

Chow berkata, PH akan bersandar pada prestasi kukuhnya dalam PRU-15, November lepas,dan atas dasar bagus ditunjukkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

“Anwar sudah melaksanakan banyak keputusan baik dalam tempoh lima bulan sejak PRU-15, malah tinjauan pendapat terkini menunjukkan dua pertiga daripada responden merasakan gabungan itu berada di landasan tepat.

“Tinjauan pendapat menunjukkan Perdana Menteri dan PH sudah memenangi lebih banyak sokongan dan saya percaya ‘faktor perasaan gembira’ mengenai kedudukan negara di landasan tepat, akan bertahan untuk dua hingga tiga bulan akan datang, sehingga PRN,” katanya. – Getaran, 23 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam