web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Pembahagian Kerusi DUN Perlu Ikut Prinsip Ditetapkan - DAP

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:12PM

Anthony Loke Siew Fook berkata antara prinsip dan parameter yang telah dipersetujui berkenaan adalah kerusi yang dimenangi oleh parti tertentu akan terus ditandingi parti tersebut dalam PRN akan datang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN -  Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri kelak perlu diputuskan berdasarkan prinsip yang dipersetujui menerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata antara prinsip dan parameter yang telah dipersetujui berkenaan adalah kerusi yang dimenangi oleh parti tertentu akan terus ditandingi parti tersebut dalam PRN akan datang.

“Apabila kita memasuki apa-apa rundingan kerusi sudah tentu ada parameter, ada prinsip yang mesti dipersetujui iaitu kerusi penyandang akan terus disandang parti yang menang contohnya kalau kerusi itu dimenangi BN, takkan kita nak minta, sudah tentu akan menimbulkan masalah.

“Untuk kerusi yang tidak dimenangi sama ada PH atau BN, maka kita berunding umpama di Kedah, Terengganu dan Kelantan, sudah tentu kena berunding antara PH dan BN, itu dipersetujui,” katanya selepas merasmikan Pemukiman Persediaan PRN DAP Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Loke, yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, berkata demikian kepada pemberita mengulas mengenai hasrat BN Negeri Sembilan yang meminta tambahan dua kerusi daripada PH dalam PRN nanti bertujuan mendapatkan keseimbangan dalam setiap DUN.

Loke turut berkata soal pembahagian kerusi antara PH dan BN di enam negeri bagi menghadapi PRN juga tidak perlu dipolemikkan dan segala hasrat atau pandangan mana-mana pihak perlu dirujuk kepasa pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Kita hormati pandangan, semua orang boleh bagi pandangan masing-masing, setiap parti ada hasrat dia tetapi akhirnya saya katakan keputusan mesti berdasarkan kepada prinsip secara bersama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak timbul soal berkecil hati dalam politik dan semua pihak perlu berlapang dada untuk sebarang keputusan yang akan diputuskan pimpinan pusat.

“Pucuk pimpinan parti masing-masing akan memahami keadaan ini, kita bercakap atas beberapa prinsip dan parameter, jadi kalau tak langgar beberapa prinsip itu ia tidak menjadi masalah dan tidak timbul soal kecil hati,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada program itu, Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban, berkata gabungan PH dan BN perlu mencapai kesepakatan dan persefahaman untuk mengelak berlakunya pertindihan kerusi dalam PRN selain perlu ada kerjasama antara satu sama lain dalam PRN nanti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad