web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambut Ulang Tahun Ketiga Tewaskan BN, PH Tubuh Jawatankuasa Bayangan

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 3:42PM

Saifuddin Nasution antara ahli PH yang menandatangani kenyataan bersama itu. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menyambut ulang tahun ketiga kemenangan ke atas Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan menubuhkan jawatankuasa bayangan untuk menyemak imbang kerajaan sedia ada.

Majlis Setiausaha PH menerusi kenyataan di Twitter memberitahu, kewujudan jawatankuasa itu adalah perlu kerana mereka tidak boleh bersandarkan kepada kelemahan dimiliki kerajaan Perikatan Nasional (PN) semata-mata.

“Rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti PH itu sendiri semakin kuat secara automatik.

“Semua jawatankuasa ini akan bertindak meneliti dan menyediakan dasar yang perlu dimiliki PH dan masa sama, barisan jawatankuasa yang baharu akan diumum dari semasa ke semasa,” katanya.

Turut menandantangani kenyataan bersama itu adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Anthony Loke.

Setakat ini majlis berkenaan menubuhkan sembilan jawatakuasa bayangan, dan setiap satu daripadanya dianggotai oleh wakil rakyat dari parti komponen PH serta beberapa pemimpin parti yang lain.

Berikut adalah senarai penuh jawatankuasa :

Pendidikan:

Pengerusi: Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam)

Ahli: Nik Nazmi (PKR-Setiawangsa), Teo Nie Ching (DAP-Kulai) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah-Tampin).

Kesihatan:

Pengerusi: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor) Ahli: Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), Dr Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching), Datuk Dr Hatta Ramli (Amanah-Lumut), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dan Dr Ong Kian Ming (DAP-Bangi).

Ekonomi:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Wong Chen (PKR-Subang), Tony Pua (DAP-Damansara) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor).

Keselamatan:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja), Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) dan Senator Liew Chin Tong.

Gender:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), Chong Eng (DAP-Padang Lalang) dan Senator Aiman Athirah.

Belia:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Akmal Nasir (PKR-Johor Bahru), Howard Lee (DAP-Pasir Pinji) dan Shazni Munir (Ketua Pemuda Amanah).

Kos Sara Hidup:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Hassan Abdul Karim (PKR-Pasir Gudang), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat) dan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin).

Perundangan:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), Willam Leong (PKR-Selayang) dan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Mobilisasi:

Pengerusi: Belum dilantik

Ahli: Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja); Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Hang Tuah Jaya) dan Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam).

Selain Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan, pengerusi bagi jawatankuasa lain akan diumum selepas mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Keanggotaan jawatakuasa juga boleh dikembangkan untuk melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang difikir bersesuaian dengan bidang tanggungjawab jawatankuasa tersebut,” jelas Majlis Setiausaha PH.

Kerajaan dibentuk PH tumbang selepas 22 bulan memegang tampuk pemerintahan, susulan gerakan penuh kontroversi, Langkah Sheraton yang menyaksikan kuasa Perdana Menteri beralih tangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan