web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Terikut Sikap Lawan Gemar Manipulasi Persepsi Terhadap UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 7:00AM

Anggota parti khususnya kepimpinan baharu perlu menyemai semangat perpaduan dengan memelihara institusi presiden dan organisasi parti. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO dan semua ahli parti dinasihatkan tidak terikut-ikut dengan sikap pembangkang yang gemar membuat spekulasi, manipulasi dan persepsi terhadap kluster kepimpinan parti berkenaan.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, anggota parti perlu menghormati institusi presiden dan memelihara organisasi agar fokus kepada hala tuju untuk memperkukuh parti.

“Adalah menjadi tugas kita untuk sama-sama meneruskan tekad menolak tuduhan yang sengaja diwujudkan sebagaimana pelbagai dakwaan terpilih sebelum ini.

“Kita perlu bangkit selepas melalui ujian getir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan juga pasca pemilihan parti, maka sewajarnya apa-apa yang negatif tidak wajar diangkat kembali,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas Tengku Adnan lagi, anggota parti khususnya kepimpinan baharu perlu menyemai semangat perpaduan dengan memelihara institusi presiden dan organisasi parti.

Katanya, pemimpin atasan khususnya presiden telah menimbang dan meneliti serta mengambil kira keputusan yang dibuat atas kelestarian holistik dan kesinambungan perjuangan.

“Selama ini pun dalam UMNO tidak ada mana-mana individu yang mendabik dada atau mengaku UMNO milik peribadi waima presiden.

“Ini kerana semua akur dan arif bahawa institusi presiden dihormati sebagai tampuk kepimpinan yang memegang amanah, memastikan parti ini terus bersemarak dalam perjuangan,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menggesa semua pemimpin dan ahlinya perlu merapatkan barisan kerana parti utama Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu berpecah.

Beliau berkata, tidak logik untuk UMNO boleh kehilangan kerusi kepada parti yang lebih kecil susulan prestasi ditunjukkan pada PRU-15 yang lalu.

“Ada kluster mahkamah, ada kluster Putrajaya atau kluster PWTC. Kita sudah nampak kesannya, apabila ada pelbagai kluster di antara kita.

“Ini kerana (kita) berdepan isu dalam parti itu sendiri,” katanya dalam wawancara bersama sebuah akhbar tempatan seperti dilaporkan FMT. - Getaran, 12 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad