web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Miliki Peranan Penting, Penentu Ketahanan Anwar Sebagai Perdana Menteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 9:13PM

Menurut Lim Kit Siang, prestasi buruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi bukti bahawa pengundi Melayu akan kekal setia bersama parti itu walau pemimpinnya melakukan kesalahan sehingga dijatuhkan hukuman di mahkamah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mendedahkan bahawa UMNO menjadi antara unsur penting dalam menentukan ketahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bergantung kepada keupayaan UMNO, sama ada parti tersebut dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip asal pembinaan, seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan Rukun Negara.

Menurutnya, prestasi buruk UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi bukti bahawa pengundi Melayu akan kekal setia bersama parti itu walau pemimpinnya melakukan kesalahan sehingga dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Seperti bossku (Datuk Seri Najib Razak), mereka tetap kekal setia walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB.

“Sekiranya perkara (pertuduhan) ini betul (satu kesilapan), UMNO sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, pilihan raya di enam negeri yang dijangka dilaksanakan pada Julai atau Ogos akan memberi kesan besar kepada ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Keputusan pilihan raya di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi ujian besar kepada Anwar yang akan menentukan sama ada beliau akan kekal menjadi Perdana Menteri untuk penggal penuh, iaitu lima tahun,” katanya.

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga optimis Anwar boleh melengkapkan penggal penuh sebagai Perdana Menteri, susulan kejayaan Presiden PKR itu melepasi empat ujian dalam menjaga kemakmuran negara serta kestabilan politik.

“Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan memaklumkan bahawa 90 peratus Anwar akan mampu bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun.

“80 peratus pula kemungkinan beliau bertahan sebagai Perdana Menteri untuk tiga tahun; dan 70 peratus mampu kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal penuh lima tahun,” katanya.

Kit Siang memberitahu, markah tersebut mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kegagalan mereka untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk berjaya sebagai sebuah negara.

“Pembangkang juga berperanan merosakkan perpaduan negara dengan mempolarisasi negara melalui retorik penipuan perkauman dan keagamaan,” katanya. - Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 6 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad