web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Exco Pemuda UMNO Didakwa Guna Datuk Palsu, Surat Penafian Kembali Tersebar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 8:58PM

Lelaki terbabit juga didakwa menyandang portfolio kanan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Ampang. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia didakwa menggunakan gelaran darjah kebesaran palsu, yang kononnya dianugerahkan oleh Istana Pahang.

Isu berkenaan timbul semula susulan penyebaran surat rasmi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, yang menafikan individu terbabit telah dianugerahkan darjah kebesaran tersebut.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Afiq Tahar berkata, surat bertarikh 23 Mac itu telah diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Ampang Jaya. 

Mohammad Afiq berkata, beliau juga telah membuat laporan polis ke atas individu terbabit pada 7 Mac lalu kerana mendapati wujud unsur penipuan yang ketara.

Dakwanya, lelaki terbabit juga menyandang portfolio kanan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Ampang.

"Individu itu pada empat tahun lalu pernah dipecat, tetapi kini kembali aktif di arena politik arus perdana, khususnya di Selangor.

“Beliau yang kini memegang portfolio kanan dalam Pemuda Ampang juga amat aktif di peringkat Barisan Nasional,” katanya kepada media hari ini.

Jelas Mohammad Afiq, kecurigaan mula timbul apabila individu dimaksudkan dikaitkan dengan perolehan anugerah Datuk palsu daripada Istana Pahang, dipercayai untuk tujuan peribadi dan perniagaan yang diceburi.

“Dia juga telah menggunakan lambang darjah kebesaran tersebut gelaran pada kenderaannya, malah turut didakwa menggunakan teknik ubah suai ke atas sekeping foto, bagi menampakkan dirinya benar-benar dikurniakan pingat kebesaran terbabit. 

"Perkara berkaitan penyamaran status 'Datuk' ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan disahkan oleh Bahagian Protokol Istana Kerajaan Negeri Pahang sendiri melalui satu emel.

“Apabila carian dibuat, tiada rekod mengenai individu itu bagi mengesahkan dia telah menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP),” katanya.

Mohammad Afiq menegaskan, penyamaran tersebut jika benar berlaku adalah satu kesalahan serius, dan memerlukan siasatan segera pihak berkuasa, apatah lagi ia melibatkan individu yang terlibat secara aktif dalam politik dan perniagaan.

“Kegagalan menyiasat perkara ini dengan segera akan menimbulkan kekeliruan dan implikasi yang besar kepada masyarakat. 

“Saya juga tidak mahu perkara yang dilakukan oleh beliau ini dikaitkan dengan Pemuda UMNO kerana ini adalah kesalahan peribadi dan tidak wajar sama sekali dikaitkan dengan nama baik Pemuda UMNO Ampang,” katanya.

Isu pemakaian status dan gelaran ‘Datuk’ palsu pernah dibangkitkan Naib Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM), Datuk Abdul Razak Dawood Mac tahun lalu, apabila trend itu semakin berleluasa.

Abdul Razak berkata, trend tersebut  mengakibatkan ramai pemegang asli gelaran itu menerima malu dan aib.

Menurutnya, ramai ahli perniagaan muda dilihat sengaja bermegah dan menggunakan gelaran Datuk untuk mendapatkan pengaruh bagi menarik perhatian golongan tertentu, termasuk bagi memerangkap orang ramai dalam menjayakan perniagaan atau agenda politik mereka.

"Sebagai rakyat Malaysia, sesiapa saja boleh buat laporan sekiranya merasakan ada orang menyamar dan memakai gelaran palsu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Kesalahan Yang Berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dijalankan. Tidak perlu tunggu buat aduan kepada kita (MDPM)," katanya.

"Untuk seseorang individu mendapat gelaran Datuk di peringkat Persekutuan, kami hanya membenarkan penerima berusia 45 tahun ke atas, jadi orang ramai perlu ada perasaan syak sekiranya melihat ada antara golongan muda sewenang-wenangnya menggunakan gelaran in,” tegasnya. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Individu Terlibat Himpunan Solidariti Bersama Palestin Dipanggil Polis

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tarik Balik Keputusan Pengecualian Cecair Nikotin Daripada Akta Racun - Pemuda UMNO

4

Politik 3 tahun yang lalu

Politik Dominan Dikuasai UMNO Sudah Berakhir, Masanya ‘Buka Hati’ Terima Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad