web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Senator Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 5:33PM

Dr Rais Yatim (tiga, kiri) beramah mesra dengan Ahli Dewan Negara yang baharu selepas selesai majlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam belas Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini. 

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman. 

Pelantikan Abdul Nasir dan Musoddak merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuat kuasa hari ini, sementara Lingeshwaran dan Amir Ghazali pilihan DUN Pulau Pinang berkuat kuasa pada 7 Mac lepas manakala Anifah mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bermula hari ini. 

Antara Ahli Dewan Negara lain yang mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini ialah Isaiah D Jacob mewakili WP Kuala Lumpur dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Low Kian Chuan. 

Selain itu,  Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Datuk Sivaraj Chandran, Mohd Hasbie Muda, Abun Sui Anyit,  Noorita Sual dan Roderick Wong Siew Lead. 

Sementara itu, Manolan Mohamad merupakan Ahli Dewan Negara lantikan semula oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini manakala Presiden Yayasan Amal Malaysia Hussin Ismail merupakan pilihan DUN Terengganu mewakili negeri itu bermula 15 Mac lepas. 

Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan 16 Ahli Dewan Negara itu menyeru setiap Ahli Dewan Negara yang dilantik agar memainkan peranan dan menggembleng tenaga dalam menyemarakkan Rukun Negara selain patuh dengan Perlembagaan negara. 

“Mari kita bersama mengorak langkah dan mencari jalan serta menaut persahabatan dan keyakinan bahawa inilah Dewan tertinggi negara kita… kita jangan takut, khuatir dan berbelah bahagi untuk menegakkan kebenaran.

“...dan meneliti segala kuasa segala yang dicatat menerusi Dewan Rakyat ataupun menerusi dewan ini sendiri dengan itu insyaAllah kita akan terserlah sebagai anggota Dewan Negara yang baharu dan boleh kita banggakan untuk kita capai tahap yang lebih tinggi,” katanya. 

Sementara itu, Awang ketika ditemui selepas upacara angkat sumpah berkata beliau akan berusaha untuk meningkatkan martabat bahasa dan budaya selain mengharapkan respons yang positif daripada wakil rakyat dan kerajaan mengenai perkara berkenaan. 

“Ini (pelantikan) adalah pengiktirafan kepada semua pejuang bahasa, pejuang pendidikan dan budaya saya cuma menyuarakan perjuangan kami bersama.

“Saya berharap suara saya ini akan mewakili rakan-rakan lain dan dapat diberi perhatian oleh pihak pemerintah dan semua pihak berkuasa agar soal bahasa dan budaya penting diberi perhatian supaya kita dapat membangunkan negara secara holistik, secara bersepadu seperti negara-negara maju yang lain,” katanya. 

Anifah, bekas Menteri Luar dalam satu kenyataan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan dan kepercayaan mereka dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator.

Beliau komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang serta sedia menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna yang akan membentuk masa depan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya di persada global. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Petang Ini

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad