Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:22AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan diharap dapat melaksanakan pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo di jajaran kawasan pedalaman Sabah tanpa menunggu siapnya Fasa 1 dan 2 projek itu, kata Senator Datuk Bobbey Suan.

Beliau berkata, ia perlu diberi keutamaan kerana projek itu dapat menghubungkan secara berkesan kawasan pedalaman Sabah dengan kawasan pertumbuhan ekonomi antaranya Kota Kinabalu dan juga Nusantara yang bakal menjadi ibu kota Indonesia.

Katanya, daerah di pedalaman itu antaranya Nabawan, Keningau, Tambunan dan Tenom dilihat mampu memperoleh manafaat, terutamanya daripada segi limpahan ekonomi untuk penduduk setempat dengan pembinaan projek terbabit.

"Dicadangkan projek Lebuh Raya Pan Borneo (di pedalaman) dilaksanakan secara serentak tanpa menunggu Fasa 1 atau 2 siap kerana setakat ini tiada kepastian Fasa 3 akan dimulakan dan penduduk Sabah memerlukan kemudahan ini segera.

"Sehingga hari ini, pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo masih sangat lambat dan menimbulkan kemarahan para pengguna jalan raya di Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Bobbey berkata, prospek perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan juga perlu difahami sebaiknya kerana ia bakal menjadi 'game changer' terhadap perubahan geo-politik, geopolitik dan geo-ekonomi yang berlaku di wilayah ini kelak.

"la juga bakal memberi kesan bukan sahaja kepada Malaysia dan Sabah khususnya tetapi bakal menjadi perhatian kuasa ekonomi dunia seperti Korea Selatan, China dan Jepun yang selama ini menjadi pemain utama di wilayah ini.

"Tidak dinafikan perpindahan ibu negara Indonesia itu akan menjadi medan dan magnet baharu kepada pembangunan ekonomi dan geopolitik di rantau ini, justeru projek Lebuh Raya Pan Borneo penting sebagai pemangkin untuk kita meraih limpahan daripada kesan ini," katanya.

Justeru, beliau menegaskan semua pihak harus serius bagi memastikan perkara itu menjadi kenyataan dan tidak membiarkan projek itu dibelenggu oleh pelbagai masalah seperti isu pengambilan tanah, masalah kontraktor dan sebagainya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 5 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 38 minit yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 17 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi