web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO: Shabery Titip Pesan Kepada Calon, Perwakilan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:00AM

Shabery Cheek - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek menitipkan pesan kepada calon bertanding pada pemilihan kali ini bahawa kalah menang adat pertandingan.

Menurut beliau, kemenangan yang diperoleh bukan untuk bermegah manakala kekalahan pula bukan untuk berpatah.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 100,000 perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan hari ini, supaya membuat pilihan terbaik demi parti.  

“Setelah hampir 15 tahun bersama dalam MKT UMNO, kini sampai penghujungnya. Sepanjang tempoh itu ada menyokong saranan, menghujah perbezaan. Bahkan adakala meminta direkodkan tidak bersama dengan keputusan dibuat.  

“Paling penting tidak menghebahkan perbezaan itu di luar parti. Ini adat berorganisasi. Sama-sama pertahankan parti waktu senang dan susah,” katanya dalam kenyataan.  

Dalam pada itu, Shabery yang tidak mempertahankan jawatan beliau turut berharap segala urusan perwakilan dan calon bertanding dipermudahkan.

Selain jawatan MKT, Shabery juga tidak mempertahankan kerusi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman.

Pada pemilihan UMNO kali ini sebanyak lapan pemimpin menawarkan diri merebut tiga jawatan Naib Presiden sementara 95 lagi bagi jawatan Ahli MKT.

Selain dua penyandang iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, jawatan Naib Presiden turut menyaksikan enam lagi pemimpin menawarkan diri merebut tiga jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Seri Hasni Mohamad dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Calon lain termasuk Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Mohd Yusof Musa.

Bagi calon Ahli MKT, seramai 95 layak bertanding termasuk Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek