web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Walau Beza Politik, Pemuda AMANAH Ucap Tahniah Kepada Dr Akmal, Hairi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 8:58PM

Mohd Hasbie Muda - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun berbeza fahaman politik, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Ketua Pemuda UMNO baharu, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Hasbie Muda berkata, pihaknya juga melahirkan ucapan sama kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah.

Menurutnya, Pemuda AMANAH berharap kemenangan kedua-dua individu itu pada pemilihan sayap UMNO baru-baru ini, mampu menampilkan kepimpinan anak muda yang dinamik dan progresif.

“Pemuda AMANAH Nasional ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Muhamad Akmal Saleh yang dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baharu.

“Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Mohd Hairi Mad Shah yang dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Semoga dengan kemenangan ini akan terus menampilkan kepimpinan anak muda yang dinamik dan progresif untuk negara tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO Sabtu lalu, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, memenangi kerusi nombor satu sayap parti itu bagi sesi 2023-2026.

Manakala, Mohd Hairi menerima undi tertinggi untuk persaingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Dr Muhamad Akmal serta Mohd Hairi yang juga ADUN Larkin, masing-masing adalah EXCO pentadbiran Melaka dan Johor. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad