web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tan Sri Shahrizat, Tidak Terkurang Hormat, Sayang Saya Terhadap Tan Sri - Noraini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 5:47PM

Noraini memaklumkan, beliau akan menghargai setiap kata-kata diberikan mantan Ketua Wanita UMNO itu terhadapnya. - Gambar fail UMNO online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berikrar tidak akan ‘mendabik dada’ dengan kejayaannya menewaskan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan jawatan itu Sabtu lalu.

Menerusi ucapannya kepada Shahrizat menerusi Facebook hari ini, Noraini memaklumkan, beliau akan menghargai setiap kata-kata diberikan mantan Ketua Wanita UMNO itu terhadapnya.

“Buat Tan Sri Shahrizat (Abdul Jalil), dalam apa keadaan sekalipun, tidak akan terkurang rasa hormat dan sayang saya terhadap Tan Sri.

“Setiap mesej, teguran dan pandangan yang diberikan amat dihargai,” katanya.

Ucapan Noraini itu menerima respon baik daripada warga maya yang menyifatkan Ahli Parlimen Parti Sulong terbabit memiliki ciri pemimpin dan kepimpinan baik, malah mementingkan kebaikan dalam perhubungan.

“Sangat tepat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang disayangi, memang wanita berwibawa dan ikhlas. Syukur Alhamdulilah,” kata Ramli.

“Hebat … Ini yang kita mahu ... Hormat dan terus bersahabat sesama kita, lepas pertandingan eratkan balik ikatan demi ABATA (agama, bangsa dan tanah air),” ujar Rusdin.

“Terbaik, saling hormat dengan penuh kasih sayang,” komen Ernie.

Dalam persaingan sengit antara mereka untuk ‘merebut’ kerusi itu, Noraini mempertahankan jawatan berkenaan selepas memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian yang terbabit dalam pemilihan di seluruh negara.

Persaingan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO itu, menyaksikan kedua-dua mereka saling berlumba sejak awal undi dikira.

Susulan kemenangannya itu, Noraini mengajak jentera meneruskan pemerkasaan pergerakan berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Menerusi Facebook, mantan Menteri Pengajian Tinggi itu turut mengucapkan syukur atas kemenangannya.

“Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita UMNO di seluruh negara serta sahabat #SusahSenangBersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya.

“Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti!” katanya.

Pencalonan jawatan itu mendapat perhatian ramai, apabila Shahrizat mengumumkan membuat kemunculan semula dalam persada politik negara, dengan bersaing pada pemilihan sayap berkenaan bagi tahun 2023-2026.

Shahrizat, 70, menyandang jawatan itu selama kira-kira 11 tahun antara 2009 sehingga 2018, selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan UMNO ketika itu dengan majoriti undi besar, iaitu 507, berbalas 280.

Bagaimanapun, Shahrizat yang juga mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai tidak mempertahankan kerusi nombor satu Wanita ketika pemilihan pada Jun 2018.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau memandang serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dilakukan dalam UMNO.

Pemilihan pada 2018 itu dimenangi Noraini yang menewaskan dua pencabarnya, iaitu Datuk Azizah Mohd Dun dan mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Zaharah Sulaiman. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad