web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan UMNO Platform Lonjak Kerjasama Dengan PH, Hapus Syak Wasangka Demi Rakyat 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 9:03PM

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan UMNO pada kali ini perlu menjadi platform untuk melonjakkan kerjasama antara parti Melayu itu dengan Pakatan Harapan (PH) ke satu tahap baharu, supaya tiada rasa was-was atau syak wasangka antara kedua-dua pihak.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) perlu melihat kerjasama itu sebagai satu matlamat jangka panjang.

Menurut beliau, naratif baharu itu perlu dibawa dengan menekankan soal pembangunan ekonomi, pengurusan serta kepentingan pentadbiran yang lebih telus dan adil.

 Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

"Saya rasa ini adalah antara pemilihan yang penting dalam sejarah UMNO. Pertama, kerana UMNO agak 'tenat' sekarang ini selepas prestasi yang tidak begitu meyakinkan dalam pilihan raya lepas dan juga pergeseran dalaman parti di antara pucuk pimpinan. Itu juga melanda parti dalam keadaan yang bukan pada masa terbaik (not the best of time).

"Dalam hal ini, parti juga sekarang ini perlu membuat keputusan yang tepat ke arah mana parti perlu dilandaskan. Saya bersetuju dengan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa landasan yang kita ambil mestilah bersama-sama (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH.

"Saya harap pemilihan ini dapat meyakinkan perwakilan bahawa itulah caranya untuk memperkukuhkan kepimpinan yang ada supaya kerjasama antara kita dan PH berterusan dan dapat mencorakkan politik tanah air ini ke arah sesuatu yang lebih baik iaitu lebih sederhana dan lebih progresif serta tidak begitu menekankan isu-isu yang ekstrem," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran di sini hari ini.

Zaid merupakan antara calon yang bertanding jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan kali ini.

Ditanya kenapa kerjasama PH-BN itu perlu dikekalkan, beliau berkata, ia kerana kedua-dua gabungan mempunyai kekuatan masing-masing yang boleh digembleng bersama sekali gus memanfaatkan rakyat Malaysia.

UMNO juga sebelum ini katanya, memiliki pengalaman memerintah negara bersama kaum lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Dalam masa sama, tambah Zaid, PH juga memiliki barisan pemimpin muda yang boleh membawa kepada tadbir urus yang baik (good governance) merangkumi pemerintahan adil dan saksama, sepertimana diuar-uarkan gabungan berkenaan.

"DAP, Amanah, PKR membawa kita ke arah pemerintahan yang lebih telus. Itu juga satu aset.

"Jadi kalaulah UMNO ada pengalaman dengan teras Melayu dan Islam bergabung dengan PH, ia akan membawa ke arah kebaikan kepada negara. Suatu masa dahulu, kedua-dua ini merupakan musuh. Kita terlalu banyak prejudis dan prasangka yang tidak menguntungkan pembangunan politik yang matang.

"Sekarang ini, peluang ada. Anwar membawa kumpulan ini dan Ahmad Zahid membawa kumpulan UMNO. Saya harap di antara kita dapat membantu. Itu juga sebab saya menawarkan diri juga (bertanding MKT), keluar daripada persaraan dan ingin bersama-sama membawa naratif baharu kepada rakyat Malaysia," katanya.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang berlangsung tahun lalu, telah melakar sejarah apabila buat pertama kalinya, tiada gabungan politik berjaya meraih majoriti untuk membentuk kerajaan.

Pada 24 November, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akhirnya berkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Anwar kini memimpin kerajaan yang terdiri daripada penyatuan beberapa gabungan politik seluruh negara, selain daripada PH dan BN. - Getaran, 13 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek