web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Nafi Wujud Campur Tangan Di Sebalik Keputusan RoS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 4:15PM

Ahmad Zahid berkata dakwaan sesetengah pihak termasuk daripada bekas pemimpin UMNO bahawa terdapat campur tangan berhubung isu itu adalah pandangan peribadi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan wujud campur tangan luar di sebalik keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), memberi pengecualian kepada UMNO berhubung pemilihan parti itu mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Ahmad Zahid berkata dakwaan sesetengah pihak termasuk daripada bekas pemimpin UMNO bahawa terdapat campur tangan berhubung isu itu adalah pandangan peribadi dan mereka yang tidak berpuas hati boleh mencabar perkara itu di mahkamah.

“Tidak ada campur tangan luar. Usul (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan) itu telah diteliti oleh Pengerusi Tetap dan telah mengikut semua peraturan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 serta semua fasal di dalam Perlembagaan.

“Perlu diketahui bahawa badan tertinggi di dalam UMNO adalah Perhimpunan Agung UMNO, dan keputusan itu telah diterima lebih 95 peratus perwakilan.

“Tetapi kita masih lagi menyantuni aduan yang dibuat oleh dua ahli UMNO itu dan memberikan segala maklum balas yang diperlukan kepada ROS,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata ia bukan satu bentuk campur tangan oleh pihak luar, sebaliknya apa yang dilakukan adalah di bawah klausa Akta Pertubuhan 1966, yang antara lain menyebutkan bahawa ROS perlu memberikan keabsahan terhadap sesuatu keputusan.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tiada kaitan dengan UMNO, namun menunjukkan minat dengan hal dalaman parti itu dengan turut membangkitkan isu berkenaan semasa persidangan Dewan Rakyat.

“Ini memperlihatkan bahawa walaupun UMNO dianggap sebagai parti yang telah terpinggir di dalam PRU yang lalu dan tidak mempunyai potensi yang besar di dalam PRN yang akan datang, tapi minat yang diperlihatkan oleh tokoh-tokoh di luar UMNO menunjukkan ia adalah sebuah parti yang akan terus memainkan peranan di pentas politik tanah air,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar