web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gabungan Parti Dalam Kerajaan Perlu Bersikap Terbuka, ‘Jika Sudah Benarkan Jangan…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 7:23AM

Penuntut universiti harus diberikan panduan dalam menjalankan aktiviti berkaitan politik secara bebas tetapi tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan parti politik dalam kerajaan perlu bersikap terbuka sekiranya cadangan penubuhan cawangan mereka di institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya kampus universiti dibenarkan.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, cadangan tersebut adalah sesuatu perkembangan sihat dalam mematangkan penuntut berkaitan situasi politik tanah air.

Bagaimanapun, katanya, pasang surut dunia politik membabitkan mana-mana gabungan parti dalam kerajaan perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat mengenainya.

Untuk bersikap adil sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, pihak pembangkang juga harus diberikan hak sama rata tanpa kekangan supaya perkembangan politik di negara lebih sihat dan matang - Gambar Hiasan
Untuk bersikap adil sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, pihak pembangkang juga harus diberikan hak sama rata tanpa kekangan supaya perkembangan politik di negara lebih sihat dan matang - Gambar Hiasan

“Jika perkara tersebut dibenarkan, parti politik dalam kerajaan harus bersikap terbuka. Mereka harus faham ada masa mereka di atas dan ada masa mereka di bawah.

“Jadi, jika sudah membenarkannya sekarang, jangan pula ketika sudah jatuh mengambil pendekatan berbeza pula,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, untuk bersikap adil sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, pihak pembangkang juga harus diberikan hak sama rata tanpa kekangan supaya perkembangan politik di negara lebih sihat dan matang.

Bagaimanapun, jelas beliau, penuntut harus diberikan panduan dalam menjalankan aktiviti berkaitan politik secara bebas tetapi tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

“Semua pihak harus ingat, jangan gunakan universiti sebagai alat kepentingan politik parti masing-masing seperti mengajak penuntut sertai demonstrasi ganas dan sebagainya,” katanya.

Justeru, Ahmad Fauzi berkata, universiti harus diberikan kuasa autonomi untuk menentukan peraturan atau panduan yang perlu dipatuhi oleh parti politik dan penuntut sepanjang menjalankan aktiviti berkaitan politik.

Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti - Gambar Fail
Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti - Gambar Fail

“Universiti juga boleh bereksperimentasi dengan parti politik dengan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pelaksanaan cadangan tersebut serta menyediakan garis panduan yang perlu ditetapkan.

“Bagaimanapun, bagi saya elok juga jika individu tertentu yang bermasalah tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti berkaitan politik di kampus bersama penuntut universiti,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan mereka di kampus universiti.

Menurutnya, ini kerana pelbagai pindaan telah dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, meliputi aspek kegiatan pelajar, urus tadbir universiti dan sebagainya.

"Memang kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik di dalam atau luar kampus, termasuk mereka boleh menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.

"Jadi, semua itu sudah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara seperti dicadangkan Yang Berhormat," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berpandangan, sudah tiba masanya untuk parti politik dibenarkan membuka cawangan mereka di universiti memandangkan Undi18 sudah pun dikuatkuasakan.

Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berpandangan, sudah tiba masanya untuk parti politik dibenarkan membuka cawangan mereka di universiti memandangkan Undi18 sudah pun dikuatkuasakan - Gambar Fail
Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berpandangan, sudah tiba masanya untuk parti politik dibenarkan membuka cawangan mereka di universiti memandangkan Undi18 sudah pun dikuatkuasakan - Gambar Fail

Jelas beliau, cadangan tersebut adalah sesuatu yang perlu diraikan memandangkan penuntut universiti sudah matang untuk membuat penilaian mereka sendiri.

“Penuntut harus diberi ruang untuk berpolitik, namun perlu ada panduan khusus daripada pihak kementerian berkaitan jenis program yang boleh dianjurkan.

“Ini kerana kita juga tidak mahu penuntut terlalu ‘berpolitiking’. Keutamaan mereka sekarang adalah untuk belajar,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Izzat Afifi berkata, cadangan tersebut adalah suatu perkembangan positif dalam arena politik tanah air seiring kematangan penuntut universiti serta meraikan kebebasan bersuara semua pihak.

“Tak dinafikan sebelum ini parti politik sudah ada di universiti namun tidak secara rasmi.

“Jadi sekiranya perkara ini sudah dibenarkan, maka saya berpandangan ia pasti akan lebih terkawal,” katanya. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pentadbir Universiti Wajib Rancang SOP Krisis Bekalan Air - Gabungan Mahasiswa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Diskusi Ilmiah Disekat, MPP UiTM Cadang Tarikh Baharu Syed Saddiq Temui Mahasiswa

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad