web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RoS Lulus Usul Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan - Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 7:08AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO telah menerima surat daripada Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS itu semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022,  supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO telah menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS itu semalam.

"Surat dari Menteri Dalam Negeri semalam adalah mengenai pemberitahuan keputusan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang," katanya pada sidang media selepas hadir pada Majlis Pengenalan Calon UMNO Pulau Pinang di sini semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu  memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri telah memutuskan memberikan pengecualian kepada Seksyen 13(1)(c)(14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 Akta 832 berhubung usul tambahan.

Beliau berkata surat dari KDN itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO  disahkan tidak dipertandingkan.

"Ini kerana semua klausa dalam Perlembagaan parti juga turut diikuti oleh pengerusi tetap," katanya.

Ahmad Zahid berkata  surat itu juga memberi pengesahan bahawa apabila RoS melakukan siasatan maka keputusan KDN mengikut Seksyen Perkara 70 Akta Pertubuhan 1966, adalah berkuat kuasa sepenuhnya dan memberikan keabsahan dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

Dalam pada itu, beliau  berkata semua ahli-ahli harus memberikan keutamaan dalam memperkukuhkan  parti dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang merupakan sebahagian daripada parti UMNO.

"Kerajaan yang ada ini mesti dipertahankan kerana UMNO sebahagian kerajaan yang ada...agenda yang boleh menggugat kerajaan dan jangan pilih tokoh-tokoh yang boleh menggugat kerajaan," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pewakilan UMNO supaya tidak berkempen sehingga hilang kelayakan atau mana-mana yang menang, kemenangan boleh dibatalkan.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Februari ini.

Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam