web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Lihat Secara Objektif Pencapaian 100 Hari PM - Shamsul Iskandar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 7:08AM

Shamsul Iskandar Md Akin berkata dalam tempoh 100 hari, antara perkara yang dilaksanakan ialah pengenalan Malaysia MADANI, pembentangan Belanjawan MADANI dan pengukuhan dasar luar bagi menarik pelaburan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu melihat secara objektif hasil pencapaian 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata dalam tempoh itu, antara perkara yang dilaksanakan ialah pengenalan Malaysia MADANI, pembentangan Belanjawan MADANI dan pengukuhan dasar luar bagi menarik pelaburan. 

“(Penilaian 100 hari) ini merupakan satu perkara yang biasa dalam amalan politik di negara kita… ia juga sangat membantu dalam memberikan kita satu ‘tekanan’ bagi menyelesaikan sesuatu perkara dalam masa 100 hari, (penyelesaian) harus disegerakan.

“Beliau sebagai Perdana Menteri juga harus urus kepelbagaian (ideologi politik) yang melatari Kerajaan Perpaduan ini dan Alhamdulillah dalam tempoh ini telah ditubuh Sekretariat Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Shamsul Iskandar berkata ini membuktikan seluruh parti dalam Kerajaan Perpaduan bersepakat memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Anwar.

Beliau berkata kali terakhir negara menyaksikan dua pertiga majoriti di Parlimen adalah semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi tetapi penubuhan Kerajaan Perpaduan membolehkan sokongan dua pertiga dicapai. 

“Walaupun ada dalam kalangan pembangkang yang cakap ‘tebuk atap dinding nak runtuh,’ mereka boleh cakap sesuka hati mereka.

“Kita (sebagai kerajaan) mempunyai persefahaman bahawa persepaduan parti dalam Kerajaan Perpaduan ini bertujuan untuk menyampaikan, memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat. Pada saya, itu sangat mustahak dan itu difahami oleh pemain dan pemimpin politik kita,” katanya. 

Anwar mengangkat sumpah jawatan dan mula menerajui Kerajaan Perpaduan pada 24 November 2022, lima hari selepas keputusan rasmi PRU-15 dan hari ini genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri.

Buat pertama kali dalam sejarah negara, keputusan pilihan raya umum berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar parti dan gabungan politik mempertimbang penubuhan Kerajaan Perpaduan bagi mengakhiri kemelut pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek