web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saifuddin Undang MP PAS Ke Pejabat Untuk Taklimat Khas Nelayan Asing

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 1:16PM

Saifuddin berkata, beliau boleh meluangkan masa selama sejam untuk memberikan taklimat khas kepada Ahmad Marzuk. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengundang Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa-PN) ke pejabatnya untuk diberi taklimat khas mengenai usaha kerajaan dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing.

Jemputan tersebut dibuat susulan Ahli Parlimen PAS itu mempertikaikan komitmen dan kelemahan kerajaan dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Saifuddin berkata, beliau boleh meluangkan masa selama sejam untuk memberikan taklimat khas berserta maklumat tambahan kepada Ahmad Marzuk berhubung isu tersebut daripada terus berlarutan.

“Saya mengundang Pengkalan Chepa datang ke pejabat, saya boleh meluangkan masa satu jam untuk memberi taklimat khusus sebagai maklumat tambahan bagi menunjukkan keterbukaan kerajaan dan kesediaan berkongsi maklumat.

“Sekiranya Pengkalan Chepa menunjukkan minat yang kuat untuk bersama-sama mengatasi masalah nelayan asing,” katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Undangan tersebut kemudiannya dipersetujui Ahmad Marzuk yang turut meminta Saifuddin memberikan tarikh supaya beliau dapat berkunjung ke pejabatnya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PAS berkenaan berhubung pencerobohan nelayan Vietnam di perairan negara, Saifuddin berkata, pelbagai operasi sudah pun dilaksanakan oleh beberapa pihak berkuasa.

Saifuddin berkata, di bawah Op Naga yang dilaksanakan secara bersepadu dengan pelbagai agensi keselamatan sebanyak 280 bot nelayan Vietnam dirampas dengan 3,240 awak-awak ditahan.

Selain itu, menurut beliau, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut melaksanakan Op Kuda Laut untuk membanteras penceroboh bot nelayan asing.

Katanya, setakat Disember tahun lalu, 223 bot nelayan asing dirampas manakala 2,264 krew ditahan.

“Selain itu, Op Mardof yang dilaksanakan Jabatan Perikanan, Maritim Malaysia dan pada masa sama, polis Marin turut melakukan pelbagai operasi antaranya Op Gelora, Op Landai, Op Paradise dan Op Pensura.

“Apabila ditahan, kita letakkan mereka di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi