web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggantungan Keahlian: UMNO Johor Mahu Hishammuddin, Maulizan Rayu Hukuman - Khaled

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 8:17PM

UMNO Johor mahu Hishamuddin Hussein (kanan) dan Maulizan Bujang (kiri), mengemukakan rayuan serta membela diri terhadap hukuman penggantungan selama enam tahun dikenakan terhadap mereka - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO Johor mahu Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, mengemukakan rayuan serta membela diri terhadap hukuman penggantungan selama enam tahun dikenakan terhadap mereka.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO negeri, hari ini.

Namun, Khaled berkata, UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menggantung keahlian Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong dan Maulizan.

“UMNO Johor menzahirkan rasa sedih dengan apa berlaku lebih-lebih lagi membabitkan dua pemimpin, iaitu Hishammuddin dan Maulizan yang banyak berjasa kepada UMNO negeri.

“Jadi, UMNO Johor bersetuju supaya kedua-dua pemimpin ini wajar diberikan peluang membela diri dan merayu atas tindakan dikenakan itu,” katanya seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Bendahari UMNO Johor, Datuk Jais Sarday.

Terdahulu, Hishammuddin dan Maulizan adalah antara empat pemimpin kanan digantung keahlian daripada UMNO pada keputusan dibuat MKT, 27 Januari lalu.

Dua lagi pemimpin itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

Pada masa sama, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, tindakan disiplin dan penggantungan MKT itu tidak akan menjejaskan UMNO Johor, berikutan beberapa pimpinan parti terbabit di negeri berkenaan sebelum ini berdepan tindakan sama.

Mengulas lanjut, Naib Presiden UMNO itu memaklumkan, individu digantung tidak boleh berputus asa kerana sekiranya usaha dilakukan seperti membuat rayuan, tempoh penggantungan mungkin dapat dipendekkan.

“Ini bukan kali pertama pimpinan UMNO Johor digantung atau dikenakan tindakan disiplin. Di Johor, kita pernah melaluinya sebelum ini, tetapi UMNO terus melaksanakan tanggungjawab dan tidak berdepan kekangan sehingga menyebabkan parti tidak dapat bergerak,” katanya.

Menurutnya, apa lebih penting, mereka dikenakan tindakan itu sebahagian besarnya kembali semula kepada UMNO, antaranya Tan Sri Shahrir Ab Samad dan Muszaidi Makmor yang kini Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi.

“Kita percaya jika ada usaha dibuat, pastinya penggantungan Hishammuddin dan Maulizan dapat dipendekkan, seperti berlaku kepada Datuk Lokman Nor Adam.

“Tidak boleh putus asa, kerana hukuman bukanlah penamat karier politik,” katanya. – Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Kolum 5 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad