Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Lembaga Disiplin Hanya ‘Perhiasan’ Untuk Ahmad Zahid Kekal Berkuasa - Tun Faisal

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 7:00AM

Tun Faisal Ismail Aziz - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin UMNO ketika ini disifatkan tidak ubah seperti ‘perhiasan’ kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menampakkan ia masih relevan di hati rakyat.

Mantan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, fungsi dan peranan badan tersebut sudah jauh bercanggah dengan apa yang dilakukan sebelum ini.

“Saya nampak begitu. Ia sudah menjadi ‘perhiasan’ kepada Presiden untuk kukuhkan kuasa kerana setakat ini Lembaga Disiplin UMNO tidak berfungsi, terus menjatuhkan hukuman tanpa proses sewajarnya. Saya melalui tribunal tetapi tidak dihukum berdasarkan fakta yang membuktikan badan itu ‘kartun’ serta parti bermasalah dalam menentukan hukuman.

“Kita juga boleh lihat Datuk Lokman Noor Adam dipecat hanya menerusi keputusan biro politik, Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) dibuang tanpa proses, Mohd Yusof Ismail serta Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan begitu sahaja. Malah, Tan Sri Noh Omar sebelum dipecat digantung keahliannya tetapi beliau enggan terima, sebab itu tindakan (pecat) diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Getaran di sini, semalam.

Tun Faisal berkata, tindakan penggantungan dan pemecatan ahli parti hanya kerana lantang mengkritik, menyerlahkan lagi sikap gila kuasa Ahmad Zahid yang tidak boleh ditegur.

Beliau yang juga mantan Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa menegaskan kritikannya selama ini bukanlah terhadap UMNO itu sendiri, tetapi lebih kepada kepimpinan dan individu.

“Saya tak pernah persoal institusi Presiden atau UMNO tetapi Ahmad Zahid. Sebenarnya orang pertama langgar dasar parti adalah beliau kerana menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bersama 12 Ahli Parlimen lain yang jelas mengkhianati UMNO serta kerajaan ketika itu.

Keputusan pemberian watikah pelantikan calon ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan diputuskan ‘lima teratas’ tetapi Presiden. - Gambar oleh Sairien Nafis
Keputusan pemberian watikah pelantikan calon ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan diputuskan ‘lima teratas’ tetapi Presiden. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Mana ada Presiden lain langgar keputusan parti. Sebab itu, saya pelik apabila Ahmad Zahid kata tidak boleh berkompromi apabila ahli persoal integriti parti. Walhal ia dicetuskan oleh tindakannya sendiri seperti memasukkan usul ‘haram’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) agar jawatan Presiden serta Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya.

Beliau mendakwa, pemberian watikah pelantikan calon ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk kerusi yang seharusnya ditandingi Annuar, Noh, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan beberapa lain bukan diputuskan ‘lima teratas’ tetapi dilakukan oleh Presiden sendiri.

Katanya, tindakan itu jelas menunjukkan Ahmad Zahid semakin gila kuasa selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menangguhkan pemilihan Presiden.

Dalam pada itu, Tun Faisal turut menggesa pemimpin UMNO khususnya Ahli Parlimen yang digantung keahlian, keluar daripada parti bagi memberi pengajaran kepada Ahmad Zahid untuk tidak menggunakan kuasanya secara ‘membuta tuli’.

Tindakan itu, jelasnya akan menyebabkan UMNO kehilangan kerusi berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) mesti diadakan bagi memilih wakil rakyat baharu.

“Kalau nak tunjukkan Ahmad Zahid itu salah seperti menghalang pemilihan jawatan Presiden serta tindakan beliau memecat (pemimpin), kemungkinan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak bersamanya boleh keluar parti bagi memberi laluan PRK diadakan semula.

“Sebagai contoh, sebelum ini rakyat undi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, (mereka) tak mahu Pakatan Harapan (PH) dan Anwar tetapi ia (menyokong Anwar) tetap berlaku, menyebabkan mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Sehubungan itu, Tun Faisal yakin, Ahli Parlimen yang keluar daripada UMNO dan menyertai parti lain akan memperoleh kemenangan besar berbanding ketika mereka bersama BN.

“Saya percaya sentimen pengundi terhadap penolakan Ahmad Zahid ketika ini, jika Ahli Parlimen UMNO atau BN keluar parti, mereka akan menang besar,” katanya.

Tambah beliau, perwakilan juga perlu terbuka untuk tidak memilih calon ‘pro’ Ahmad Zahid jika mahu membuktikan kelakukan Timbalan Perdana Menteri itu sudah melampaui batas demi memenuhi kepentingan peribadinya.

Sebenarnya, boleh sahaja untuk kita buktikan bahawa Ahmad Zahid sedang melakukan perkara yang tidak berintegiriti, cuma ketika ini belum ada satu laluan sempurna. - Gambar oleh Azim Rahman
Sebenarnya, boleh sahaja untuk kita buktikan bahawa Ahmad Zahid sedang melakukan perkara yang tidak berintegiriti, cuma ketika ini belum ada satu laluan sempurna. - Gambar oleh Azim Rahman

“Perwakilan boleh tunjukkan dengan cara jangan undi calon yang memang kita tahu dia ‘pro’ Ahmad Zahid, selain boleh juga melakukan undi protes pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sebenarnya, boleh sahaja untuk kita buktikan bahawa Ahmad Zahid sedang melakukan perkara yang tidak berintegiriti, cuma ketika ini belum ada satu laluan sempurna. Namun ahli UMNO perlu lakukan sesuatu. Jika tidak, parti tidak akan berubah sama sekali,” katanya. 

Tun Faisal dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada 31 Januari lalu dan beliau menerima surat pemecatannya hanya melalui aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan surat itu, dimaklumkan bahawa pemecatan beliau dibuat berkuat kuasa serta-merta selepas ia diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 5 Januari dan Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat berikutan Tun Faisal didapati melanggar etika ahli UMNO berdasarkan Perlembagaan parti.

Tun Faisal yang sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan UMNO berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat rayuan kerana mendakwa MKT dan Presiden tidak terbuka menerima kritikan.

Beliau turut menegaskan kritikan yang dilakukannya selama ini bukanlah terhadap UMNO itu sendiri tetapi lebih kepada kepimpinan dan individu dalam parti. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

2

Politik 3 hari yang lalu

Pemuda UMNO Lantik 3 Ahli Sertai Kepimpinan Tertinggi

3

Semasa 5 hari yang lalu

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

4

Politik 6 hari yang lalu

UMNO Sabah Terima Laporan Insiden Pergaduhan, Kekecohan Dalam Pemilihan

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon Mara Ke Pentas Akhir Bertemu Wakil China

Semasa 1 hari yang lalu

Hentikan Polemik Lawatan PM Ke Arab Saudi, Jadual Amat Padat Dan Tersusun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

oleh Sofian Baharom

Semasa 7 jam yang lalu

Charles Santiago Kembali Terajui SPAN Selepas Dipecat Pada 2020

oleh Wartawan Getaran