web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pro Bono Bukan Alasan, Tarik Balik Pelantikan Nurul Izzah - Hamzah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:00AM

Hamzah berkata pelantikan Nurul Izzah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata demikian ketika membidas pelantikan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Mendakwanya sebagai pengkhianatan kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, pelantikan tersebut bukan sahaja tidak wajar dan salah, malah ia turut merosakkan imej kerajaan.

“Ia bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik semula pelantikan berkenaan.

“Tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Merican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri,” katanya.

Jelas Hamzah, gagasan ‘Malaysia Madani’ ternyata hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri, berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia.

“Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. Walk the talk please (tolong cakap serupa bikin),” katanya.

Anwar sebelum ini memberitahu, pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dibuat berdasarkan kelayakannya.

Anwar berkata, bekas Naib Presiden PKR itu bukan sahaja memiliki kelulusan Sarjana Kejuruteraan, tetapi turut bergelar graduan sarjana dalam jurusan Dasar Awam dan Sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Semua kelulusan berkenaan melayakkan beliau dilantik untuk membantu Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek