web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Akan Pastikan Perpaduan, Kesatuan UMNO Johor Tetap Terpelihara – Khaled Nordin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 9:06PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilantik ke jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berazam untuk memastikan perpaduan dan kesatuan parti itu di negeri berkenaan tetap terpelihara.

Naib Presiden UMNO itu berkata, meskipun sedar pelantikan terbabit hadir dengan tanggungjawab sangat berat, beliau menganggap peralihan kepimpinan daripada Datuk Hasni Mohammad dilakukan parti, bagi membolehkannya meneruskan tugas sedia ada yang sedang dilaksanakan pemimpin berkenaan.

“Saya berterima kasih atas kepercayaan Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) terhadap saya.

“Saya juga sangat menghargai sumbangan besar Datuk Hasni Mohammad terhadap UMNO Johor,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook hari ini.

Mohamed Khaled berkata, beliau tidak akan sesekali menguatkan kelompok dan kumpulan tertentu, sebaliknya bertekad memulih, merawat serta membangunkan semula kekuatan UMNO.

“Adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya. Terimalah ia sebagai pasang surut dalam perjuangan dan insyallah akan ada hikmah terpenting dari segalanya itu,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menyeru semua pemimpin UMNO Johor bertaut kembali dan bermuafakat, demi kelangsungan parti.

“Insyallah, saya tidak akan menyisih dan meminggirkan sesiapa jua.

“Semua bagi saya adalah sahabat dan keluarga besar UMNO Johor yang akan dirai serta dihargai,” katanya.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dipengerusi Ahmad Zahid, Jumaat lalu membuat keputusan menggugurkan Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut daripada jawatan itu dan digantikan Mohamed Khaled.

Hasni menerajui UMNO Johor sejak 2018 dan pada 28 Februari 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal. – Getaran, 29 Januari 2023

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad