web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Anwar Ini Bagus, Tapi Dikelilingi Orang Jahil…’ - Shahidan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 6:53PM

Shahidan Kassim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhati-hati kerana dikelilingi ‘orang jahil’.

Beliau turut meminta Anwar berwaspada kerana sebagai pemimpin politik, Ahli Parlimen Tambun itu memiliki ramai ‘musuh’.

Malah, Shahidan yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan menasihatkan Anwar supaya memperbetulkan segera perkara tersebut.

“Anwar ini bagus. Tapi dikelilingi orang jahil (jangan makan ayam) dan orang yang banyak musuh atau ‘Z’.

“Musuh dia musuh Anwar. Betulkan segera sheikh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataan itu seolah-olah merujuk kepada beberapa ‘orang kanan’ Anwar dalam Kabinet, termasuk Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ia kerana Rafizi baru-baru ini dikecam netizen, susulan ‘menasihatkan’ pengguna mengurangkan makan ayam jika harganya terlalu mahal.

Ahli Parlimen Pandan itu turut dibidas ekoran seruannya agar orang ramai tidak mengunjungi restoran dan kedai makan yang menawarkan harga makanan serta minuman tinggi.

Pada November tahun lalu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut dilaporkan menasihati Anwar supaya berhati-hati dengan penasihat jahat (bitanah al-su’).

Menurutnya, kumpulan itu mampu memainkan peranan sama ada menaikkan atau menjatuhkan Anwar. - Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek