web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR, SPRM Sila Ambil Tindakan Aktiviti ‘Sedekah’ PAS Di 6 PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 1:40PM

Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti ‘sedekah’ PAS pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, khuatir amalan itu akan diteruskan pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah kerana tiada tindakan diambil terhadap ‘sedekah’ PAS ketika ini.

“Oleh kerana belum ada tindakan terhadap sedekah PAS, sudah tentu PAS akan melipat-gandakan sedekah di enam PRN akan datang. Apatah lagi PAS masih banyak duit untuk disedekahkan.

“Menurut pemimpin PAS, aktiviti mengedar tin milo sudah lama dibuat. Ia membantu PAS kumpul duit mungkin bilion ringgit untuk disedekahkan,” sindirnya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU-15 dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,” katanya.

Abdul Hadi mendakwa wujud usaha sesetengah pihak khususnya, UMNO Terengganu mencabar kemenangan parti itu di Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU-15 membabitkan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Ahmad berkata, petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari itu dibuat kerana beliau berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.

Dakwanya lagi, pengagihan wang itu berlaku di lapan Parlimen di Terengganu, namun kerana kesukaran mendapatkan saksi hanya tiga petisyen dapat difailkan buat masa ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen PRU-15 mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi.

Beliau berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

“Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk kepada kami,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan