web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PEKADIN Cadang Jawatan Ketua Menteri Sabah Guna Gelaran 'Premier'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 6:46PM

Newmond Tibin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada Mac ini untuk dibincang serta diteliti. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) mencadangkan agar kerajaan negeri mengikut langkah Sarawak menggunakan gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri. 

Sehubungan itu, Presidennya Newmond Tibin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada Mac ini untuk dibincang serta diteliti.

Katanya PEKADIN berpendapat gelaran jawatan Ketua Menteri sebaiknya sama iaitu Premier bagi Sabah dan Sarawak selaras kedudukan kedua-dua negeri itu yang setara.

“Penyelarasan gelaran jawatan Ketua Menteri itu juga wajar kerana mengikut perjanjian asal pembentukan Malaysia 1963 (MA63), wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya adalah setara,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Newmond berkata Melaka dan Pulau Pinang yang termasuk dalam wilayah Malaya menerusi MA63, pada masa ini menggunakan gelaran Ketua Menteri.

Pada 15 Februari lepas,  DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Pada 2025 - Abang Jo

2

Politik 2 tahun yang lalu

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri

3

Sukan 3 tahun yang lalu

BWF Tolak Cadangan Chong Wei

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar