web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Penerbangan Sarawak Dijangka Beroperasi Pada 2025 - Abang Jo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 5:26PM

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Katanya, pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.

"Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut. Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025.

"Nama syarikat penerbangan juga sudah ada, tapi kita tidak boleh umum dulu," katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

Pada 23 November tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil dilaporkan berkata, kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarawak Ingin Tiru Kejayaan Emirates Airline - Abang Johari

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sarawak Bantu Usaha Kerajaan Persekutuan Lahir Modal Insan Kemahiran Tinggi - Abang Johari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

GPS, Abang Johari Main Peranan Penting Pastikan Kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad